MESUT OZIL DERMA BONUS PIALA DUNIA UNTUK PALESTINE

Mesut Ozil Derma Bonus Juara Piala Dunia Untuk Palestine



Pemain kelahiran Turki dan pemain kebangsaan Jerman, Mesut Ozil mengatakan akan menderma bonus kemenangan yang diterimanya berjumlah RM1.9 juta (350,000 pound) kepada kanak-kanak Gaza selepas membantu Jerman menjulang Piala Dunia 2014 di Brazil baru-baru ini.

Ozil bersedia mendermakan bonus sebanyak RM1.5 juta (270,000 pound) yang diterimanya apabila membantu Jerman muncul juara dan RM644,796 (118,000 pound) lagi daripada aksi separuh akhir

Dikatakan Ozil membuat keputusan ini selepas salah seorang dari 4 kanak-kanak yang dibom hancur oleh pesawat perang Israel petang kelmarin yang memakai jersey Ozil dan diviralkan di laman sosial. Kanak-kanak tersebut terbunuh ketika sedang bermain di sebuah pantai Gaza.

1 comment... add one now