18 Jul 2014

NENEK TIRI NAJIB ANTARA MANGSA NAHAS PESAWAT MH17

Nenek Tiri Najib Antara Mangsa Nahas Pesawat MH17


Nenek ditiri Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. dikenal pasti antara mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat penerbangan Malaysia  MH17 . Pesawat itu telah ditembak jatuh oleh kumpulan pemberontak Ukraine yang meragut nyawa kesemua penumpang iaitu 295 orang.

Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma antara 43 penumpang rakyat Malaysia yang dipercayai terbunuh dalam tragedi itu . Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma adalah isteri kedua kepada Tan Sri Mohd Noah yang juga datuk kepada Najib dan Hishammuddin.

Mohd Noah adalah bapa kepada ibu Najib, Tun Raha dan ibu Hishammuddin, Tun Suhaila. Mohd Noah yang juga datuk kepada kedua-dua pemimpin negara itu meninggal dunia pada 1990.

Siti Amirah, 83, dalam perjalanan sendirian ke Jogjakarta, Indonesia untuk menyambut Aidilfitri di kampung halamannya.

"Beliau seorang wanita yang baik hati dan cantik. Beliau juga suri rumah yang menjaga datuk saya dengan baik. Kami memanggilnya 'ibu'," kata jurucakap keluarga itu, Datuk Dr Faridah Abdullah pada Jumaat.

Dr Faridah, yang juga Pengerusi Yayasan Mohammad Noah berkata, Siti bercuti ke Amsterdam bersama anaknya dari perkahwinannya yang pertama.

Tambah beliau lagi, anak Siti sepatutnya bersama ibunya, bagaimanapun gagal mendapat tiket untuk penerbangan sama.

"Beliau ada keluarga sendiri di Amsterdam dan sering berulang alik ke sana dan ada kalanya melawat negara ini kerana menyayangi Malaysia," kata Dr Faridah.

~ mStar ~

Tiada ulasan: