PERHATIAN !!!!! JANGAN BUAT SIMBOL SEPERTI INI

Perhatian !!! Jangan Buat Simbol Seperti Ini


TAHUKAH ANDA?

Perbuatan simbol tangan seperti ini, dipanggil Birkat Kohanim (mengambil berkat pendeta Yahudi) atau Nesiat Kapayim (ritual penganut Yahudi mengangkat tangan di bawah kain kepala), adalah amalan ibadat agama Yahudi yang dibaca bait-baitnya oleh Kohanim (pendeta Yahudi yang berketurunan Nabi Harun, yang menjadi pekerja suci Kuil Yahudi (Kuil Sulaiman) bagi mendekatkan diri dengan Tuhan). Mereka berdalilkan Kitab Taurat, pada Book of Numbers, Surat 6, ayat 23-27.

Kohanim mempunyai tugas khas iaitu mengangkat tangan seperti simbol ini dengan kedua tangan, dan memberi keberkatan dan keampunan kepada penganut agama Yahudi (kononnya), yang mereka dakwa, keampunan tersebut adalah atas keizinan dari Tuhan semata-mata. Manakala Nesiat Kapayim pula, penganut Yahudi akan mengangkat tangan seperti itu ketika ritual itu berlangsung dengan harapan akan dapat keberkatan Kohanim.

Kedua-dua mereka (Kohanim-pendeta dan orang biasa-penganut Yahudi) akan melakukannya di bawah kain kepala mereka, untuk dilindungi lambang tangan tersebut. Sedang penganut Ortodoks Ashkenazi dan Haredi, Kohanim tidak menutup dengan kain kepala, cuma orang biasa penganut Yahudi sahaja menutup dengan kain.

Walaupun Kuil Sulaiman sudah tiada kini, perbuatan ini masih dijalankan setiap hari pada ketika bacaan Shacharit Amidah, oleh Yahudi Sephardi di seluruh dunia termasuk tanah haram Israel (kecuali di Galilee ). Ini dilakukan juga oleh kelompok-kelompok Yahudi Ortodoks di Bethlehem dan kelompok Ashkenazis di serata Eropah. Namun ritual ini disambut besar-besaran pada setiap hari di Tembok Ratapan, Jerusalem .

Ramai pernah lihat simbol ini sebagai lambang salute oleh Captain Spock dalam cerita Star Trek, yang dilakonkan oleh Leonard Nimoy. Dalam autobiografinya sendiri, Nimoy mengakui bahawa dia mendapat ilham melakukan lambang salute itu secara spontan bersandarkan daripada perbuatan Priestly Blessing (Birkat Kohanim), yang dia pernah lihat semasa remaja di synagogue (rumah ibadat Yahudi). Begitu halus Yahudi menyebarkan ajarannya dan menyesatkan manusia.

Bentuk tangan ini jika dibuat dengan kedua-dua belah tangan, akan membentuk huruf Shin dalam bahasa Hebrew. Dalam agama Yahudi, huruf Shin membawa maksud El Shaddai, iaitu “Almighty Yahweh” (Tuhan Yahweh Maha Kuasa). Maka jelaslah perbuatan simbol tangan ini dikira amalan khusus agama Yahudi, dan haram kita melakukannya dan mempraktikkannya.

#Sebarkan!

0 comment... add one now