PESAWAT MH17 DIPERCAYAI DITEMBAK JATUH

Pesawat MH17 Dipercayai Ditembak Jatuh


Pesawat penumpang boeing 777 " Malaysia Airlines MH17 " yang membawa penumpang seramai 295 orang yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh.

Perkara ini dilaporkan oleh Interfaz yang mengatakan pesawat terbabit dipercayai ditembak jatuh pada ketinggian 10,000 meter. Menurut seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine, pesawat itu dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu Buk.

Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashenko, berkata di laman Facebooknya, pesawat itu terbang pada ketinggian 10,000 meter apabila ia ditembak dengan peluru berpandu daripada pelancar roket Buk.

Pelancar serupa dilihat oleh wartawan Associated Press berhampiran bandar Snizhne di timur Ukraine, awal Khamis lalu.

Berhubung perkara itu , Malaysia Airlines mengesahkan telah terputus hubungan dengan penerbangan MH17 dari Amsterdam dan lokasi terakhir pesawat itu adalah di ruang udara Ukraine.

~myMetro~

0 comment... add one now