PETUA MERAWAT PENYAKIT LELAH ATAU ASMA

Petua Merawat Penyakit Lelah atau Asma


Lelah atau Asma (asthma), jumlah penghidap yang paling ramai  mendapat penyakit ini kerana boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira perempuan atau lelaki, dewasa atau kanak-kanak. Penyakit ini datangnya dari persekitaran-persekitaran kita, iaitu melalui cuaca ,suhu ataupun udara. Yang pastinya penyakit ini berkaitan dengan saluran pernafasan dan membuatkan penghidapnya mengalami sesak nafas tatkala ia menyerang.


Antara punca-punca seseorang itu menghidap penyakit asma atau lelah:

- Terlalu lama di bawah cuaca yang panas.

- Juga terdedah dengan cuaca sejuk dan panas.

- Asap rokok atau apa-apa asap yang tidak baik.

- Pencemaran udara, tempat-tempat yang berdebu, berjerebu dan berhabuk juga penyebab penyakit ini.

- Haiwan peliharaan seperti kucing,anjing, arnab, ayam dan sebagainya. Bulu pada haiwan-haiwan tu banyak bendasing yang kita tak nampak dengan mempunyai banyak hama.

- Selain itu memakan benda-benda yang sejuk seperti ais dan sebagainya.

- Penggunaan ‘air-cond’ atau kipas angin dan terdedahnya dengan cuaca malam yang sejuk.

Statistik tentang penyakit asma atau lelah :

Dianggarkan bahawa lebih kurang 80% kanak- kanak dan 50% orang dewasa menghidapi penyakit ini. 80% kanak-kanak yang menghidapi asma selalunya akan pulih atau penyakit lelah tu hilang terus bila umur mereka 5 tahun. Namun ada juga kanak-kanak terutama yang menghidap asma tahap sederhana yang hanya sembuh apabila usia mencecah lingkungan 12 -13 tahun. Sebilangan 50 – 60% akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 – 25 tahun. 20% lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya segelintir daripada jumlah ini yang akan sembuh sepenuhnya.

Penyakit lelah lazimnya tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru. Ada jugak yang kata asma atau lelah nie bukannya satu penyakit, tetapi lebih kepada alahan atau allergy kepada sesuatu. Justeru, selain makan ubat yang diberikan doktor, orang yang kena penyakit lelah perlu menjaga banyak pantang-larang supaya penyakit tu tak mudah menyerang.



10 Petua Untuk Merawatnya

1- Hati Unta
Agak sukar untuk kita dapatkan hati unta yang juga telah dikeringkan. Hati unta dipotong nipis-nipis dan kemudian digoreng tanpa minyak hingga menjadi arang. Jika sukar dapatkannya,boleh gunakan yang seterusnya..

Selepas itu tumbuk halus hingga menjadi serbuk. Setiap malam sebelum tidur, rendam sedikit serbuk tu dalam segelas air yang mendidih. Biarkan ia sejuk atau suam dengan sendiri sebelum ditapi dan diminum airnya. Cuba amalkan setiap malam sehingga merasa kesannya.

2 - Madu Asli
Satu cara untuk menyembuhkan penyakit lelah ialah dengan mengamalkan minum madu asli. Minum sebanyak satu atau dua sudu besar sekali setiap hari. Bagi kanak-kanak kecil dosnya perlu kurang sikit iaitu setengah atau satu sudu teh pun dah mencukupi.

3 - Daun Ati-Ati
Dulu-dulu kalau ada anggota keluarga yang menghidap lelah, orang tua kita akan cari daun ati-ati. Daun ati-ati warnanya ungu macam daun keladi tetapi saiznya lebih kecil. Rasanya juga lembut semacam baldu.

M.Onya ambil sehelai daun ati-ati setiap malam sebelum tidur. Basuhkan ia dan ketika masih lembab tu sapukan ke dada. Gosok sehingga ia kering kat dada. Sebaik-baiknya baca surah Al-Fatihah semasa menggosok, mohon pada Allah agar kembali pulih seperti sediakala. Insya Allah memang mujarab hasilnya.

4 - Bawang Putih
Ambil lima ulas bawang putih dan hiris nipis-nipis. Lepas tu rebus hirisan bawang putih itu dengan segelas air. Biarkan mendidih sehingga airnya tinggal separuh. Biarkan ia sejuk dengan sendiri. Bila dah sejuk, tambahkan satu sudu teh madu asli dan amalkan minum setiap pagi selama 10 hari. Cuba lihat hasilnya.

Jika lelah atau penyakit semput tu menyerang, cuba ikhtiarkan kaedah tradisional yang turut menggunakan bawang putih nie.

Ambil dua ulas bawang putih dan tumbuk hingga hancur. Setelah itu campurkan bawang tadi dengan tiga sudu minyak kelapa dara.

Sapukan campuran tu pada leher, dada dan belakang pesakit. InsyaAllah, dalam masa 10 mini, penyakit lelah yang menyerang akan beransur reda.

5 - Bawang Merah
Rebus beberapa biji bawang merah yang kecil sehingga lembut. Kisar dan tapis airnya dan amalkan minum seminggu sekali.

6 - Bunga Kenanga
Ambil tiga kuntum bunga kenanga. Celurkannya selama 5 minit dalam semangkuk air panas. Setelah itu buang bahagian kuntum bunga kenanga itu terlebih dahulu dan minum airnya. Amalkan dua tiga kali dalam seminggu.

7 - Daun Sirih
Rebus daun sirih bersama gula batu hingga pekat. Biarkan ia suam sedikit dan minum rebusan tersebut ketika ia masih suam. Bagi meredakan kesakitan ketika serangan asma, daun sirih dilayur di atas api dan ditempelkan ke dada.

8 - Daun Pegaga
Ulam pegaga juga boleh dijadikan penawar asma. Keringkan daun pegaga. Setelah itu rebus dan minum airnya ketika suam.

 9- Susu Kambing
Perah susu kambing, tapis dan kemudian minum mentah setiap pagi. Dikatakan amalan minum susu kambing mentah setiap pagi boleh menyembuhkan penyakit lelah.

10 - Daun Kecubung
Ambil beberapa tangkai bunga kecubung. Jemurkan sehingga kering di bawah pancaran matahari. Lepas tu, gulungkan atau bentukkan bunga kecubung yang dah dikeringkan tu seperti gulungan rokok daun. Pasangkan api dan hisap seperti menghisap rokok tembakau. Ini satu lagi petua lama yang dikatakan mujarab untuk merawat asma jika rajin diamalkan.


#Semoga Bermanfaat

Sumber ~ Petua Tradisional~

0 comment... add one now