5 Jul 2014

PIALA DUNIA : JERMAN , BRAZIL LAYAK KE SEPARUH AKHIR

Piala Dunia 2014 : Jerman , Brazil Layak Ke Separuh Akhir


Pasukan Jerman dan Brazil layak ke separuh akhir selepas masing-masing berjaya meraih kemenangan menentang saingannya pada aksi di peringkat suku akhir Piala Dunia 2014.


Skuad pasukan jerman berjaya membawa tempat ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2014 selepas meraih kemenangan menentang pasukan perancis dengan jaringan 1 - 0 di Estadio do Maracana , sekaligus mengecewakan dan meleburkan hasrat perancis untuk mara ke peringkat seterusnya. Jaringan tunggal Jerman dihasilkan menerusi tandukan Hummels pada minit ke-12 apabila pasukan Jerman memperoleh sepakan percuma yang diambil oleh Tony Kroos.

Keputusan 1-0 itu telah membawa Jerman ke peringakat separuh akhir dalam kejohanan besar ini buat keempat berturut-turut. Jerman juga pernah mara ke final sebanyak tujuh kali.


Sementara itu,  tuan rumah , Brazil juga layak ke separuh akhir Piala Dunia 2014 selepas berjaya menundukan pasukan Colombia dengan jaringan 2-1 pada aksi di peringkat suku akhir.

Brazil mendahului 2 gol , bagaimanapun melalui detik mendebarkan apabila Colombia mendapat sepakan penalti selepas penjaga gol mereka , Julio Cesar mengasari pemain Colombia. Sepakan penalti itu berjaya disempurnakan Colombia menerusi pemain sensasi mereka iaitu James Rodriguez , sekaligus mencatatkan penjaring gol terbanyak iaitu 6 gol pada saingan aksi Piala Dunia ini.

Jaringan kemenangan Brazil menerusi pemain pertahanan mereka ,Thiago Silva dan David Luis. Thiago Silva berjaya meledak gol seawal minit pertama hasil hantaran sepakan penjuru Neymar. Manakala David Luis berjaya menjaringkan gol melalui sepakan percuma dengan rembatan terus ke arah gawang gol pasukan Colombia.

Hasil kemenangan itu, Jerman dan Brazil akan bertemu pada rabu ini jam 4 pagi pada aksi di separuh akhir nanti untuk merebut tempat ke pentas akhir Piala Dunia 2014.

Tiada ulasan: