RESEPI AYAM BAKAR BERCILI

Resepi Ayam Bakar Bercili



BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam
Sedikit daun pisang

Bahan yang dikisar:
20 biji cili
4 cm belacan
½ cawan pati santan
Sedikit air asam jawa
2 batang serai
3 cm halia
3 cm lengkuas
Garam dan gula secukup rasa

Bahan renjis:
5 camca besar minyak masak
5 camca besar pati santan
3 camca teh cili kisar

CARA MENYEDIAKAN:
1. Bersihkan ayam dan dipotong 16. Perap bahan kisar semalaman bersama-sama ayam yang sudah dipotong.

2. Layurkan daun pisang sebelum dijadikan alas untuk membakar ayam. Ini bagi mengelakkan ayam daripada cepat hangus.

3. Bakar ayam di atas api sederhana dan renjis ayam dengan santan bercampur cili agar ayam tidak terlalu kering.

4. Siap untuk di hidangkan bersama nasi ataupun mee.

~Selamat mencuba.

0 comment... add one now