ROMPAKAN BERPARANG DI SEBUAH BUTIK PAKAIAN

Rompakan Berparang Di Sebuah Butik Pakaian


SHAH ALAM : “ Jangan cakap banyak. Kalau tidak aku bunuh! ” Itu ugutan dua lelaki berparang yang menyamun sebuah butik pakaian di Seksyen 7, di sini, 8 Julai lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, dua pekerja butik yang berada di tempat kejadian kerugian dianggarkan berjumlah RM8,000.

Pemilik butik yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul, 30, berkata, ketika kejadian, butiknya itu baru dibuka kira-kira satu jam dan dua pekerja sedang sibuk mengemas kini stok pakaian manakala seorang berada di stor.

“Saya ketika itu berada di sebuah lagi cawangan butik di Ipoh, Perak,” katanya.

Menurutnya, dua lelaki yang sebelum itu dilihat mundar-mandir di hadapan premisnya dengan memakai beg sandang kemudian meluru masuk butiknya walaupun tahu ia dilengkapi sistem keselamatan.

Penjenayah terus mengacukan parang ke arah seorang pekerja yang berada di kaunter sebelum menariknya masuk ke dalam pejabat. Mujur seorang pekerja yang berada di stor hanya mendiamkan diri selepas menyedari kekecohan berlaku.

Lihat rakaman melalui CCTV yang berdurasi 3 minit 23 saat ini.


0 comment... add one now