12 Jul 2014

SENARAI CALON PEMAIN TERBAIK PIALA DUNIA 2014

Senarai Calon Pemain Terbaik Piala Dunia 2014

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa ( FIFA ) telah menyenaraikan beberapa pemain yang calonkan sebagai pemain terbaik Piala Dunia.


Bagi anugerah calon pemain terbaik untuk merebut Bola Emas ( Golden Ball ), FIFA telah meletakkan 10 pemain dalam pencalonan. Tujuh daripada 10 pemain yang dicalonkan itu adalah dari skuad Jerman dan Argentina, Pasukan yang akan berentak pada Final Piala Dunia 2014 nanti. Manakala 3 orang lain daripada skuad Brazil , Belanda dan Colombia, iaitu Neymar, Argen Robben dan James Rodriguez.


Anugerah bagi penjaga gol terbaik pula, FIFA telah menyenaikan 3 pemain. Iaitu Manuel Neuer dari skuad Jerman, Sergio Romero dari Argentina dan Keylor Navas dari Costa Rica. Ketiga-tiga penjaga gol ini tercalon untuk memenangi anugerah sarung tangan emas ( Golden Glove ).


Manakala bagi pemain muda terbaik, FIFA telah mencalonkan 3 pemain iaitu 2 dari skuad Perancis dan 1 dari skuad Orange , Belanda. Pogba dan Varane dari Perancis dan Depay dari Netherlands.

Pemilihan pencalonan dibuat oleh kumpulan pengkaji teknikal FIFA yang membabitkan analisis kejurulatihan. Pemenang akan diumumkan selepas tamat perlawanan akhir Piala Dunia , Jerman menentang Argentina nanti.

Tiada ulasan: