14 Jul 2014

SENARAI PENERIMA ANUGERAH FIFA PIALA DUNIA 2014

Senarai Penerima Anugerah FIFA Piala Dunia 2014.




Selepas berakhirnya perlawanan akhir Piala Dunia 2014 antara Jerman dengan Argentina, FIFA telah mengumunkan pemain-pemain yang layak menerima anugerah dalam kejohanan ini. Berikut adalah senarai-senarai penuh pemain yang menerima anugerah oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa ( FIFA ) :

GOLDEN BALL













Bagi anugerah pemain terbaik dunia jatuh kepada Lionel Messi selaku kapten pasukan Argentiana. Messi mencatatkan 4 gol untuk Argentina dalam kejohanan Piala Dunia kali ini.

GOLDEN GLOVE












Anugerah adidas Golden Glove, penjaga gol terbaik dunia, Manuel Neuer dari Jerman. Manuel Neuer menangkul penjaga gol terbaik dunia apabila 4 gol sahaja diboloskan dalam 7 perlawanan hingga ke perlawanan akhir piala dunia. Neuer mengalahkan calon-calon yang disenaraikan oleh FIFA iaitu Sergio Romero dari Argentina dan Keylor Navas dari Costa Rica untuk menerima anugerah Golden Glove ini.

GOLDEN BOOT












Bagi penerima anugerah kasut emas ,adidas Golden Boot pula dimenangi oleh James Rodriguez dari Colombia. James selaku penjaring terbanyak Piala Dunia 2014 dipilih oleh FIFA untuk memenangi anugerah ini. James Rodriguez menjaringkan gol sebanyak 6 gol dalam kejohanan ini dan merupakan pemain paling menyerlah.

SILVER BOOT & BRONZE BOOT









Manakala, Thomas Mueller memperoleh anugerah Silver Boot dan Neymar Bronze Boot. Mueller mencatatkan 5 gol dibelakang James Rodriguez dan Neymar mencatatkan 4 gol pada aksi Piala Dunia 2014.

HYUNDAI YOUNG PLAYER AWARD













Pemain muda dari Perancis Paul Pogba merangkul anugerah pemain muda terbaik, Hyundai Young Player Award dalam Piala Dunia 2014. Pogba dicalonkan bersama Depay pemain belanda dan rakan seperjuangannya Varane untuk memperoleh anugerah ini.

FAIR PLAY AWARD













Pasukan Colombia dipilih pasukan paling terbaik oleh FIFA pada Piala Dunia kali ini. Pasukan paling berdisiplin dan berjaya layak hingga ke perlawanan suku akhir.

CHAMPIONS WORLD CUP 2014













Ranking No 1 dan Juara Piala Dunia 2014 dirangkul oleh Jerman. Jerman berjaya mengalahkan Argentina 1-0 pada perlawanan akhir. Gol lewat dijaringkan oleh Mario Gotze pada masa tambahan minit ke- 113. Mario Gotze menjadi hero buat Jerman dengan berjaya membawa Jerman menjulang Piala Dunia kali ke 4 buat pasukan Jerman. Jerman menjadi pasukan Eropah pertama berjaya memenangi Piala Dunia di Amerika Latin.

Tidak ketinggalan juga dua lagi Anugerah iaitu Golden Teeth dan Golden Hair yang dimenangi oleh:

GOLDEN TEETH


















Luis Suarez dari Uruguay berjaya mendapat anugerah FIFA Golden Teeth 2014. Suarez merupakan satu-satunya pemain yang melakukan gigitan pontianak pada aksi Piala Dunia. Difahamkan Suarez peminat No.1 Twilight .Suarez membuat gigitan ke atas pemain Itali, Giorgio Chiellini ketika Uruguay menentang Itali dengan keputusan 1 - 0 hasil jaringannya. Berhubung dengan aksi luar biasanya itu, FIFA telah mendendanya dan mengantung beberapa perlawanan dan sekaligus dinobatkan satu-satunya pemain yang layak menerima Golden Teeth Award. 

Tujuan FIFA mendenda Suarez adalah untuk memberi amaran kepadanya agar tidak mengulangi aksi luar biasa itu sekali lagi supaya tidak memenangi anugerah ini buat kali kedua kerana ingin membuka peluang kepada pemain-pemain lain.

Manakala....

GOLDEN HAIR



















Sementara itu, Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo berjaya memenangi anugerah Golden Hair. Ronaldo bijak mengayakan rambutnya kerana menyedari akan ada anugerah ini. CR begitu yakin bahawa pasukannya itu tidak akan berjaya memenangi Piala Dunia kerana semua player Portugal tidak boleh diharapkan. Portugal beraksi hanya sekadar pada peringkat kumpulan.

Tiada ulasan: