SIAPA BRIGED IZZUDIN AL- QASSAM ?

Siapakah Briged Izzudin Al-Qassam?

Briged Ezzedeen Al-Qassam tentera pengempur Palestine yang berani mati
Briged Izzudin Al-Qassam atau dikenali atau dikenali sebagai Al-Qassam amat digeruni oleh rejim Zionis.
Al-Qassam adalah sayap tentera Hamas , dipelopori penubuhannya oleh pejuang seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada, pada tahun 1984.

Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.

Selepas syahidnya Sheikh Ahmad Yassin , jawatan itu digantikan As-Syahid Dr Abdul Aziz Ar-Rantisi, tetapi beliau hanya berkhidmat kurang sebulan selepas dibedil helikopter Israel pada 18 April 2014.

Kini, Hamas membuat pendekatan baru dengan menonjolkan beberapa pimpinan seperti Sheikh Khalid Mishal, Abu Marzouq dan Sami Abu Zuhri.

Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin.

Briged elit itu dianggotai pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja. Jumlah tentera lingkungan 25,000 orang. Sejak Intifadah pada tahun 2000, 800 askar mati syahid. Terkenal dengan roket Al-Qassam, roket yang artileri buatan sendiri dikeluarkan dalam tiga model sejak 2001 hingga 2011. Roket itu dilancarkan dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam. 

Anggota sentiasa bersedia untuk syahid.

Briged Al-Qassam mempunyai peraturan yang ketat iaitu :
  • Wajib solat berjemaah.
  • Mempunyai skuad wanita.
  • Wajib pelajari tafsir Al-Quran.
  • Wajib baca Al-Quran sehari sejuzuk.
  • Wajib menghafal 40 hadis Arbain.
  • Amalkan puasa sunat dan bertahajud.

1 comment... add one now

Miss Vee Miss Vee 11 Ogos 2014 8:54 PTG
This Is What You Really Want !!
Something That Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!