SUSULAN AMUKKAN KERETA DILANGGAR : UNCLE SUDAH MAAFKAN

Susulan Amukkan Kereta Dilanggar : ' Uncle Sudah Maafkan '


KUANTAN : Warga emas yang menjadi mangsa seorang wanita bertindak ganas ketika kemalangan di parkir Pusat Transformasi Bandar (UTC) pada Isnin lalu tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya malah bersedia memaafkan wanita itu.

Pesara kerajaan, Sim Siak Hong, 68, berkata, dia hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu namun enggan melaporkan kejadian wanita itu bertindak ganas terhadapnya walaupun diminta pihak berkuasa untuk berbuat demikian.


"Saya menganggap dia bertindak demikian mungkin didorong perasaan marah kerana saya melanggar keretanya.

"Walaupun trauma dengan kejadian itu saya tetap memaafkannya dan berjanji tidak akan melaporkan tindakan kekerasannya kepada polis malah dia juga sudah memohon maaf kepada saya," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.

Kemalangan kecil yang berlaku kira-kira jam 1 petang itu menyebabkan wanita berusia 30 tahun itu berang dan bertindak memaki Siak Heong dengan perkataan kasar serta berbaur perkauman.


Malah wanita itu turut bertindak memukul kenderaan Siak Heong menggunakan pengunci stereng.

myMetro ~

Berikut adalah laporan polis yang telah dibuat oleh pihak-pihak yang terlibat dalam perlanggaran kecil membabitkan kereta Peugot GTI 208 CDM 25.
  • Tarikh/masa kejadian : 14 hb Julai 2014 jam l/kurang 1310hrs.
  • Tempat kejadian: kawasan parking UTC Kuantan.
  • No repot : Trafik Kuantan Repot 7143/14.
  • Pengadu: Siti Fairrah Asyikin bt Kamaruddin, umur 30 tahun, kerja swasta, alamat C1 Rumah Kakitangan Ladang Felda Lepar Utara 8 Bandar Jengka. Pahang.
  • Ringkasan kes:  Pada 14/7/14 jam lebih kurang 1310 hrs, pengadu memandu motokarnya no CDM 25 jenis Peugeot di kawasan parking UTC Kuantan untuk ke kaunter bayar parking. Tiba-tiba sebuah motokar jenis Toyota no CBG 5392 keluar dari sebelah kiri dan terus melanggar bahagian kiri motokar pengadu. Pengadu tidak cedera dan motokar pengadu hanya mengalami calar2 di bahagian bumper belakang.
  • Tindakan diambil: Kes disiasat oleh A.I.O Sjn 162772 Mohd Izam Sadhli bin Zakaria dibawah LN166/59 003(2)(B) iaitu keluar simpang tidak beri laluan. Saman telah dikeluarkan kepada pemilik motokar Toyota no CBG 5392 iaitu Sim Siak Hong umur 67 tahun seorang pesara, berlamat di A 2486 Lorong Kubang Buaya 20 Off Jln Kubang Buaya Kuantan. Beliau juga ada membuat repot trafik no 7145/14 menyatakan beliau tidak cedera dan kereta tidak rosak.
  • Sewaktu diambil keterangan oleh AIO lelaki Cina ini ada menyatakan pengadu telah mencekak baju beliau dan mengetuk kereta beliau dengan stering lock. AIO telah memberi nasihat agar beliau membuat laporan polis namun lelaki Cina ini menyatakan tidak mahu membuat laporan dan memaafkan pengadu.

Makluman dari YDH Dato/ tuan drp ASP Ahmad Nazri Zainal. KBKA/KTD Kuantan, Pahang.

Moralnya disini akhlak mulia amalan kita semua. Jangan ikut rasa nanti binasa.

0 comment... add one now