TERKINI : PESAWAT MALAYSIA AIRLINES MH17 TERHEMPAS DI UKRAINE BERHAMPIRAN RUSSIA

TERKINI : Pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas di Ukraine


Berita lewat malam, terkini sebuah pesawat penerbangan Malaysia " Malaysia Airlines MH17 " dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran dengan sempadan Russia.

Perkara ini dilaporkan oleh media barat berkenaan pesawat penumpang Malaysia yang dinaiki 295 orang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Memetik laporan Reuters, perkara itu mula dilaporkan agensi berita Interfax yang memetik sumber industri penerbangan.

Laporan itu berkata, pesawat Boeing berkenaan berlepas dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur.

Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan laporan Interfax itu lagi.

Sementara itu, syarikat penerbangan MAS dalam satu kenyataan ringkasnya mengesahkan pihaknya telah terputus hubungan dengan MH17 yang dalam penerbangan dari Amsterdam.

"Kedudukannya yang terakhir dilaporkan berada di ruang udara Ukraine.

(Laporan ringkas) ~ Sinar Online

0 comment... add one now