TIPS BUAT iPHONE LEBIH PANTAS DAN BERKUASA

Tips untuk membuat iPhone Lebih Pantas Dan Berkuasa


iPhone mahupun smartphone kini kian popular dan meningkat penggunaannya kerana dibawa arus pemodenan. Menjadi setiap idaman ramai pengguna gadget di seluruh dunia kerana sistem operasinya yang pantas dan memudahkan pengguna. Namun, dengan pemasangan perisian dan aplikasi-aplikasi yang banyak dalam peranti anda , boleh membebankan dan membawa masalah dengan kelancaran operasinya. Anda perlu tahu beberapa perkara yang menggangu kelancaran operasi peranti atau gadget anda.

Disini menerangkan beberapa tips mudah bagi meningkatkan prestasi iphone/gadget untuk pengguna iOS.

1. Buang Cache Browser

Memadam history , cookies dan data lain sebenarnya memberi impak yang lebih baik pada prestasi       gadget dan peranti anda. Untuk memadam , buka settings --> google chome (pelayar anda ) --> Clear History , kemudian Clear Cookies dan Data.


2. Buang Data Yang Tidak Berguna

Pengguna iOS disyorkan untuk membuang segala apa-apa yang tidak berguna dalam peranti mereka. Untuk melihat 'usage' peranti anda , buka Settings --> General --> Usage. Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk memberikan data kepada anda tetapi anda akan dapat melihat aplikasi manakah yang memakan memori dengan banyak. Buang apa yang boleh. Games yang sudah lama anda tidak lagi bermain itu mungkin memakan memori peranti anda dengan banyak. Jadi, buang saja!


3. Tutup Kemaskini Automatik Aplikasi

Kebanyakkan pengguna gemar menggunakan kemaskini automatik aplikasi untuk sentiasa mendapat kemaskini terkini tanpa perlu membuka App Store dan kemaskini secara manual. Tetapi , jika prestasi tanpa sebarang gangguan adalah keutamaan anda ,  menutup fungsi ini adalah pilihan yang lebih baik. Untuk menutup kemaskini automatik , buka Settings --> iTunes & App Store --> Off Automatic Downloads.


4. Buang Mesej Lama

Data iMessage disimpan ke dalam Icloud tetapi mesej biasa disimpan di dalam peranti anda. Anda boleh membuang mesej lama dengan membuka mesej tersebut, tekan mesej tersebut 2 saat dan anda akan dapat lihat butang More. Kemudian anda boleh memilih untuk membuang mana-mana mesej atau pilih Delete All untuk memadam kesemua perbualan anda.


5. Tutup Location

Tip ini bukan sahaja membuatkan prestasi peranti lebih baik ,  tetapi juga membuatkan bateri anda tahan lebih lama. Terlalu banyak aplikasi yang menggunakan GPS untuk mengetahui lokasi anda, sesuatu yang tidak diperlukan dan tidak penting. Buka settings --> Privacy --> Location Services dan buang sebanyak mungkin aplikasi-aplikasi yang tidak penting daripada menggunakan GPS pada peranti dan gadget anda.


by~Oh! Media~

1 comment... add one now

Miss Vee Miss Vee 11 Ogos 2014 9:01 PTG
This Is What You Really Want !!
Something That Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!