USTAZ NAZREY JOHANI SANGGUP MENYANYI DI BAZAR UNTUK PUSAT TAHFIZ

Ustaz Nazrey Johani Sanggup Menyanyi Di Bazar Untuk Pusat Tahfiz

Bekas penyanyi utama kumpulan nasyid Raihan, Ustaz Nazrey Johani sanggup menyanyi di bazar ramadhan semata-mata demi mengumpul dana untuk membina sebuah pusat tahfiz di Ranau, Sabah yang diberi nama Maahad Tahfiz Bayu Syahadah.


Cadangan pembinaan pusat tahfiz olehnya ini mensasarkan untuk golongan asnaf ,anak yatim dan saudara baru di sabah untuk mempelajari  agama Islam.

Ustaz Nazrey Johani tanpa menghiraukan rasa malu serta penat dan lelah dilihat begitu gigih mengembara ke seluruh Bazar Ramadhan di seluruh Malaysia demi mengumpul dana untuk pembinaan Maahad Tahfiz Bayu Syahadah di kampung kelahirannya itu.

Baru-baru ini , Ustaz Nazrey dilihat berada di bazar ramadhan Kajang, Selangor.


Sungguh mulia hati Ustaz Nazrey ini, dikala menjalani ibadat puasa beliau begitu bersungguh menyanyikan alunan-alunan nasyid di bazar-bazar ramadhan dengan niat tulusnya untuk pembinaan pusat tahfiz kepada golongan-golongan mualaf, asnaf dan anak-anak yatim bagi mempelajari ilmu agama.


Marilah sama-sama kita membantu usaha murni Ustaz Nazrey ini dalam memperoleh saham di akhirat kelak.

Dari Abu Hurairah dia berkata: Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa yang membantu seorang muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan menolongnya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat”



1 comment... add one now

Tanpa NamaTanpa Nama 21 Julai 2014 7:38 PTG
Satu usaha yang sangat murni..semoga usaha ini dapat direalisasikan..amin