24 Sep 2014

BATANG BESI KREN MENGHEMPAP LORI SAMPAH PEMANDU MAUT

Batang Besi Kren Menghempap Lori Sampah Pemandu Maut


Sebuah Kren pembinaan terbalik lalu menghempap sebuah lori sampah di Jalan Merdeka Hilir pada pukul 5.38 pagi tadi. Mangsa seorang pemandu lelaki warganegara asing telah terperangkap dalam lori sampah. Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan maut oleh pembantu perubatan yang bertugas di tempat kejadian.


Pemandu lori sampah itu merupakan warga Indonesia yang bekerja bersama syarikat Southern Waste Management (SWM) maut selepas dihempap batang besi kren seberat 25 tan yang terbalik secara tiba-tiba ketika kerja menaikkan sebuah generator ke atas bumbung kompleks beli-belah di Mahkota Parade.


Kejadian itu berlaku ketika mangsa Anas Tawi, yang berusia 55 tahun itu, sedang mengutip sampah di belakang bangunan pusat beli-belah itu dan tidak sempat melarikan diri ketika batang besi kren berkenaan jatuh secara tiba-tiba. Akibat hempapkan itu meninggal dunia serta-merta di situ akibat parah pada bahagian kepala.

Rakan sekerja mangsa yang juga pemandu lori berkenaan, Sabari Bidin, 45, berkata dia hanya mampu melihat dan tidak sempat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku begitu pantas.

Berhubung kejadian, Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes dikategorikan sebagai mati mengejut.

~ JKB blogspot.com ~

Tiada ulasan: