23 Sep 2014

BAYI 8 BULAN PARAH DIGIGIT BIAWAK

BAYI 8 BULAN PARAH DIGIGIT BIAWAK

Seorang bayi perempuan berusia 8 bulan mengalammi nasib malang selepas parah digigit biawak di rumahnya di kuarters pekerja sebuah resort di Pulau Tioman Pahang, semalam.

Lebih kurang jam 10.30 pagi, seorang bayi perempuan seberat 9kg, yang diletakkan di atas lantai dapur. Sewaktu kejadian, ibu kepada bayi itu meninggalkannya sebentar untuk mengambil sesuatu. Tiba-tiba dia terdengar bunyi bising di dapur diikuti suara bayi yang menangis dengan kuat dan tidak seperti biasa ( meraung kesakitan ).

Terasa tidak sedap hati apabila mendengar jeritan itu ibu kepada bayi bernasib malang itu terus berlari ke dapur dan mendapati seekor biawak besar sedang mengigit serta mencengkam kepala bayi perempuannya dengan kukunya dan cuba menarik bayi itu keluar dari kawasan dapur untuk dibawa lari ke dalam semak.

Melihat kejadian mengejutkan itu, ibu bayi tersebut lantas membawanya ke Klinik Desa di Kampung Tekek dan kemudian dirujuk ke Hospital Mersing, Johor.

Biawak pemangsa yang berjaya ditangkap oleh penduduk
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu di pondok polis Kampung Tekek, malam semalam.Selepas menerima laporan itu ,Pihak polis akan menjalankan siasatan termasuk meminta Jabatan Perhilitan Pahang melakukan pemeriksaan di kediaman mangsa.

Tiada ulasan: