24 Sep 2014

BUDAK 8 TAHUN JANA PENDAPATAN RM350 RIBU SEBULAN

BUDAK 8 TAHUN JANA PENDAPATAN RM350 RIBU SEBULAN


Kanak-kanak berusia 8 tahun ini boleh dikatakan individu paling bertuah dan kanak-kanak paling kaya di dunia. Bayangkanlah pada usia seawal 8 tahun itu, dia sudah mampu menjana pendapatan sekitar RM350K sebulan. Tetapi bagaimana dia mampu menjana wang sebanyak itu?

Sebenarnya kanak-kanak beruntung ini, menjana pendapatannya melalui YouTube. Dia yang bijak menghasilkan video di Youtube sehingga menarik minat penonton di seluruh dunia untuk menonton video yang dihasilkannya. Boleh dikatakan kanak-kanak ini mempunyai pengaruh yang besar.

Kanak-kanak beruntung ini bernama Evan, yang berasal dari Amerika Syarikat. Pendapatan bulanan yang lumayannya itu jika dikira dalam tahunan ia mencecah hingga ke RM 4.2 JUTA setahun .

Bagaimana Evan menghasilkan video di Youtube hingga memperoleh pendapatan sebanyak itu..?
Dia hanya perlu mengulas mengenai permainan kanak-kanak dan juga permainan video kegemarannya. Kemudian ulasan itu akan diedit oleh bapanya dan dimuat naik ke laman Youtube. Namun, videonya itu bukan biasa-biasa, ia ditonton oleh 750 juta penonton dalam masa beberapa tahun sahaja

Dengan populariti yang diperoleh oleh video Evan ini , dia kini setanding dengan artis antarabangsa seperti Katy Perry, Madonna dan juga saluran ESPN.



Evan menjana duit di Youtube dengan menggunakan khidmat pengiklanan yang disediakan oleh pihak Youtube dengan hasil dari pengiklanan produk yang ditampil dalam videonya.

Evan juga mempunyai agensi periklanan sendiri yang bertindak mempromosikan dan sebut harga bagi meletakkan iklan di dalam videonya.

Pada mulanya, pembikinan video itu hanyalah dibuat oleh Evan secara suka-suka yang sekadar ingin menghabiskan masa bersama keluarga. Tetapi, semuanya berubah setelah video mereka telah mencapai tontonan sehingga satu juta.

Bapa kepada Evan, Jared berkata, kesemua duit hasil dari pengiklanan itu tidak akan digunakan untuk perbelanjaan keluarga sebaliknya disimpan bagi kegunaan Evan pada masa hadapan.


Evan kini sudah mempunyai tiga channel di YouTube yang disahkan iaitu EvanTubeHD, EvanTubeRAW dan EvanTubeGaming.

Secara kasarnya, pendapatan hasil dari iklan yang disediakan oleh Youtube itu boleh menjana pendapatan US$2.50 hingga ke US$5 bagi setiap 1000 tontonan.


p/s - Jika anda ingin menjana pendapatan lumayan seperti si Evan ini, bolehlah tiru. Apa salahnya cuba nasib dan anda perlu bijak serta kreatif . Hasilkan video yang luar biasa yang mampu menarik perhatian untuk ditonton di serata dunia. Manalah tahu anda juga boleh berjaya seperti si Evan ini.

~ JKB Blogspot.com ~

Tiada ulasan: