26 Apr 2014

Bekas Jurulatih Barcelona ( Tito Vilanova ) Meninggal Dunia.



Bekas jurulatih Barcelona ,Tito Vilanova akhirnya meninggal dunia pada 25/4/2014 (Jumaat) selepas bertarung penyakit Kanser kerongkong yg dialaminya sejak lebih dari 2 tahun. Vilanova menjalani pembedahan kecemasan semalam untuk merawat komplikasi kanser kerongkong yang telah berjuang sejak 2011.

Awal pagi itu , keadaan Villanova adalah stabil seperti yang Dilaporkan oleh Catalan sukan akhbar El Mundo Deportivo . Walau bagaimanapun keadaan dan beliau telah meninggal dunia pantas merosot Petang itu . Berita ini telah disahkan oleh FC Barcelona di laman web rasmi mereka , Tito Vilanova meninggal seawal usia 45 tahun.

Vilanova , yang merupakan pembantu kepada Pep Guardiola bermula di antara 2008 dan 2012 , telah dilantik jurulatih Barcelona selepas Guardiola meletak jawatan. Selepas mengambil alih untuk musim 2012/13 , di mana telah Barca memenangi gelaran liga, selepas itu Vilanova mengumumkan bahawa, beliau terpaksa meletak jawatan sebagai Pegurus Barcelona Julai lalu kerana masalah kesihatan berterusan .



25 Apr 2014

Koleksi Gambar Jersey Brazil World Cup 2014

Lebih kurang 1 bulan lagi, sukan paling berprestij tinggi iaitu acara bola sepak Piala Dunia 2014 (Brazil World Cup 2014). Sukan yg paling dinanti-nantikan buat seluruh peminat tegar Bola Sepak di seluruh dunia yg akan berlangsung di Brazil pada 12 June hingga 13 July 2014. 

Jadi semestinya ramai penyokong-penyokong ingin melihat Jersey negara sokongan mereka? Di sini ditampilkan gambar dari setiap negara masing-masing. Anda boleh lihat design-design yg menarik jersey ini.. untuk dipakai sebagai tanda sokongan buat negara kesayangan anda dalam sukan bola sepak Piala Dunia 2014 nanti.. Boleh laa... anda beli jersey Brazil World Cup 2014 mengikut negara sokongan anda nanti... sebelum kehabisan stok. 

Persolannya...? negara mana yg akan anda sokong?(komen anda..) negara  mana yg bakal bergelar Juara buat World Cup 2014 nanti..?? Sama-sama kita nantikan...

Akhir kata, penuhilah kedai mamak berdekatan pada 12 June hingga 13 July 2014 nanti..
Serbu.. jangan tak serbu.. 



p/s - Bila agaknya Malaysia akan layak ke Piala Dunia..? 



SPAIN
ITALY

ENGLAND

NETHERLANDS

BRAZIL

ARGENTINA

GERMANY

PORTUGAL

FRANCE

JAPAN

KOREA REPUBLIC

COLOMBIA

URUGUAY

TERKINI: Pesawat Virgin Blue Australia Dirampas.



Pesawat penumpang Virgin Blue Australia terlibat dalam rampasan yang disyaki oleh seorang penumpang yg mabuk apabila cuba untuk memecah masuk ke dalam kokpit pada hari ini (Jumaat). Perjalanan pesawat tersebut di arahkan ke Bali, Indonesia. Kejadian itu diketahui apabila juruterbang pesawat itu, yang dalam perjalanan dari Brisbane membuat "panggilan rampasan."

Penumpang tersebut dilaporkan telah pun ditangkap.

Pesawat penumpang itu dirampas dan terpaksa mendarat di sebuah lapangan terbang di Bali Indonesia (Ngurah Rai International Airport).

Virgin Australia, yang sebelum ini Virgin Blue Airlines, merupakan syarikat penerbangan kedua terbesar di Australia.


24 Apr 2014

8 Jenis Bunyi Beep Pada Laptop yang Patut Anda Tahu

Tahukah anda? laptop yg mengalami masalah akan berbunyi "Beep" apabila dihidupkan.
Bunyi "Beep" ini adalah kunci untuk mengesan kerosakkan pada laptop anda.
Jadi.. mari kita kenali 8 jenis bunyi "Beep" ini, untuk mengetahui ada kerosakkan pada laptop.


1 - Beep sekali pendek-
      Bunyi beep tersebut normal, kerana laptop anda berjaya menyala dan dihidupkan, namun jika tidak
      ada gambaran apa-apa, bermakna ada masalah pada monitor laptop anda..

2 - Beep 2 kali pendek-
      Bunyi pendek dua kali menandakan ada masalah pada tetapan CMOS di laptop anda..

3 - Beep panjang sekali, kemudian pendek sekali-
      Laptop anda ada masalah pada motherboard atau Hard Disk [HDD], biasanya berlaku jika laptop
      ketuk.

4 - Beep panjang sekali, kemudian pendek 2 kali-
      Monitor atau VGA Card pada laptop anda bermasalah.

5 - Beep panjang sekali, kemudian pendek 3 kali-
      Keyboard laptop mungkin ada kekotor dengan habuk-habuk. Perlu dibersihkan.

6 - Beep panjang sekali, kemudian pendek 9 kali-
      Ada masalah pada ROM BIOS laptop anda..

7 - Beep pendek tanpa henti-
      Menandakan ada masalah pada adapter charger atau power supply pada laptop anda..

8 - Beep panjang tanpa henti-
      Masalah pada RAM [Random Access Memory].

 Jadi... bunyi "Beep" mana pada laptop anda?? Bunyi beep 1 kali adalah normal..
 ~Semoga Bermanfaat... = )

Gambar Kubur Ibu Tunggal [Adzlin Lin Halimi] Bercahaya

SUBHANALLAH... gambar kubur ibu tunggal yang bernama Adzlin Lin Halimi kelihatan bercahaya,yg secara tidak sengaja terakam melalui kamera handphone sepupunya..

Jenazah Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin) dikebumikan selepas asar di Batu 8, Changkat Jering,Taiping,Perak. Allahyarhamah meninggal dunia pada 20/4/2014 (Ahad) jam 8:52am di Hospital Kuala Lumpur akibat Kanser Payudara dan merebak ke Sum-sum tulang serta hatinya..



Allahyarhamah merupakan ibu tunggal, meninggalkan 2 orang anak yg masih kecil bernama Aina Sofiya dan Amsyar Zarif.
Sewaktu ajalnya mendatang, beliau berzikir " LAAILLAH HAILLALLAH " hampir 4 jam tanpa henti mulai sebelum subuh hinggalah ke akhir hayatnya. Arwah sangat tabah dalam menghadapi segala cubaan dan dugaan sepanjang hayatnya..

~AL-FATIHAH~




Tanah Mendap Di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur (6 Gambar)







Kerosakan tersebut dipercayai berpunca daripada tanah mendap berikutan kerja-kerja pembinaan projek MRT di kawasan tersebut. MRT Corp dalam kenyataannya berkata, jalan tersebut dijangka dibuka selepas kerja-kerja pembaikpulih jalan selesai.

16 Apr 2014

Faktor Negara Jepun Mencapai Kemajuan Dan Pemodenan



  • Generasi muda mereka diajar dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang, sejak dari sekolah rendah lagi..
  • Objektif pendidikannya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan peribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).
  • Rakyat negara mereka mempunyai disiplin yg tinggi.
  • Amat menitikberatkan aspek kebersihan.
  • Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.