31 Mei 2014

KANAK-KANAK MAUT TERJATUH DI MID VALLEY

Kanak-kanak Terjatuh Di Pusat Membeli-belah Di Mid Valley

Semalam kita digemparkan dengan kematian kanak-kanak 2 tahun yang dibunuh dengan kejam oleh seorang lelaki, kini mendapat satu lagi kejadian kematian kanak-kanak. Kali ini berita mengenai kanak-kanak maut akibat terjatuh dari tingkat tiga di sebuah pusat membeli-belah MID VALLEY di Kuala Lumpur. Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang tadi.

Gambar oleh - daily traffic report
Insiden menyayat hati itu disedari kakitangan pembersihan ketika sedang menjalankan tugasnya dan melihat kepala kanak-kanak perempuan itu hancur selepas terhempas ke lantai.

Ibu bapa mangsa kelihatan meraung di samping jasad anak mereka sambil berkali-kali menyebut anaknya mereka baru sahaja masuk darjah satu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah mengesahkan kejadian itu dan polis akan memaklumkan kepada umum perkembangan tentang kes itu dalam masa terdekat.

Dari insiden ini, ambillah iktibar supaya jangan terlalai kita menjaga anak-anak kecil semasa membawa mereka membeli belah mahupun semasa keluar jalan-jalan bersama. Ibubapa haruslah terus memerhati dan mengawasi anak-anak. Jangan sampai terlepas dari pandangan mata.


sumber~ sinar harian

29 Mei 2014

10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN BUSUK DI DALAM KUBUR

Disebutkan oleh hadits Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Kiamat :

1). Para Nabi-Nabi
2). Para Ahli Jihad Fisabilillah
3). Para Alim Ulama menegakkan kalimah ALLAH.
4). Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
5). Para Penghafal Al-Qur'an dan beramal dengan Al-Qur'an.
6). Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
7). Tukang Adzan yang tidak meminta habuan.
8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa taat pada perintah Allah.
9). Orang mati dibunuh atau dianiaya karena mempertahan Maruah dan Agama.
10). Orang yang mati di siang hari atau di malam Jum'at jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia. (HR. Bukhari Muslim)




SubhanAllah..




~FB rahsia hawa~

26 Mei 2014

10 KHASIAT DAN MANFAAT TEMPE

10 Khasiat Tersembunyi Bagi Penggemar Tempe



Tempe ,  makanan yang tidak asing lagi khususnya bagi masyarat kampung. Merupakan makanan yang sangat simple yang diperbuat dari kacang soya. Namun tahukah kita? tempe juga memiliki khasiat-khasiat tertentu bagi kesihatan tubuh badan kita. Hal ini dapat dibuktikan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bahawa tempe khasiat kalsium setanding dengan susu selepas mereka menjalankan satu kajian ke atas tempe. Berikut adalah khasiat tersembunyi yang terkandung dalam makanan yang bernama ' tempe' :

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna serta baik untuk mengatasi keracunan.

2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah, amat bagus untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.

3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung.

4. Penderita anemia (masalah darah dan berkaitan berat badan). Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.

5. Anti infeksi. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.

6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Jika anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini!

7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.

8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkaitan, baik jangkitan ataupun degeneratif.

9. Mencegah timbulnya hypertension (Simpton cepat marah).

10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.


Siapa sangka makanan kampung sebegini dan dilihat tiada nilai etsentrik ternyata terkandung khasiat-khasiat yang tersembunyi yang ramai tidak mengetahuinya.



sumber ~ bernama radio24(facebook)

HIKMAH DISEBALIK PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

Hikmah Peristiwa Israk Mikraj


Disebalik apa yang Allah perintahkan pasti ada hikmahnya , kerana tiap-tiap suatu perintah Allah SWT itu tidaklah sia-sia. Demikian ditunjukkan peristiwa Israk Mikraj yang pasti ada  terdapat beberapa hikmah yang terkandung di dalamnya beberapa pengajaran yang amat berguna bagi umat islam seluruh dunia. Antaranya ialah :_

1 - Dalam perjalanan Israk dan Miraj tepatnya sewaktu Nabi Muhamad saw diajak melihat keadaan neraka. Baginda ditunjukkan berbagai penyeksaan yang amat dahsyat sedang dialami oleh berbagai kaum akibat dari bentuk kejahatan yang pernah mereka kerjakan di dunia. Misalnya baginda bertemu dengan satu kaum yang memecahkan kepala mereka dengan batu besar. Setelah pecah ia kembali lagi seperti sediakala. Malaikat Jibril menyatakan mereka ini orang yang berat kepalanya mengerjakan solat . Nabi Muhamad saw juga melihat lain-lain bentuk penyeksaan bagi pemakan riba,penzina,orang yang suka memfitnah dan lain-lain. Ini semuanya memberi teladan dan iktibar agar kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan perbuatan tersebut dan lain-lain perbuatan yang jelas dilarang oleh Allah swt.

2 - Supaya manusia sentiasa melakukan hubungan dengan Allah dan mengingati-Nya, baik dikala ditimpa kesusahan mahupun dalam keadaan kesusahan. Ini kerana hanya Allah sahajalah yang mampu memberikan pertolongan dan menghilangkan segala kesedihan serta kesusahan pada diri manusia, sebagaimana Nabi Muhamad saw telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadinya Israk Mikraj. Ia memberi pengajaran kepada kita agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah sewaktu mendapat musibah dan permasalahan dalam kehidupan.

3 - Memperlihatkan kebesaran Allah swt sebagai pencipta, agar keyakinan terhadap kekuasanan-Nya benar-benar tubuh di dalam jiwa manusia . Sesungguhnya Allah swt yang menciptakan alam yang serba luas dan indah ini, Dalam Israk Miraj Allah swt memperlihatkan kepada Nabi Muhamad saw akan keagungan dan pelbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam lain, seperti Sidratul Muntaha, Arasy, Syurga dan lain-lain lagi.

4 - Mendapat perintah solat sebagai satu bentuk ibadah. Sesungguhnya kewajipan solat berbeza dengan kewajipan-kewajipan yang lain seperti puasa,zakat dan haji. Lantaran itu kewajipan solat disampaikan oleh Allah swt secara langsung kepada nabi Muhamad saw , tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril. Solat merupakan amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Ini menunjukkan bahawa solat memiliki kelebihan berbanding ibadah-ibadah yang lain. Kita harus bersyukur kerana melalui ibadah solat, seseorang muslim berpeluang untuk berdialog terus dengan Allah.

Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu perintah-Nya , pasti ada hikmah disebaliknya. Wallahualam.

sumber ~ mselim3 blog

MEMPERINGATI PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

Memperingati Peristiwa Israk Mikraj

Peristiwa Isyak Mikraj yang mengisahkan sebuah perjalanan seorang kekasih Allah , Baginda Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT. Peristiwa yang tertulis dalam Al-Quran yang menunjukkan dan membuktikan kebesaran Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW yang tidak tercapai oleh akal fikiran manusia biasa ( luar biasa ) yang berlaku hanya dalam satu malam (dari Mekah ke Palestin, kemudian ke langit dan baik semula). Satu peristiwa besar bagi sejarah kehidupan Baginda Rasulullah SAW dan juga dalam sejarah umat Islam. Berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 kerasulan Nabi Muhammad SAW. Bulan Rejab, salah satu bulan yang dimuliakan dalam Islam kerana berlakunya peristiwa ini (Israk Mikraj).

Pengertian Israk dan Mikraj :

> Israk - Allah telah memperjalankan Nabi Muhammad SAW pada suatu malam dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Palestin).

> Mikraj - perjalanan Nabi Muhammad SAW dari bumi (dari masjidil Aqsa) naik ke atas langit.


Ringkasan Perjalanan Rasulullah dalam peristiwa Israk Mikraj :

Sebelum terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj , Rasulullah SAW telah dilakukan pembedahan dada/perut oleh malaikat Jibril . Hati Rasulullah SAW dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu

Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil-Aqsa ( ISRAK )

Rasulullah SAW diiringi oleh malaikat Jibrail dan Israfil ,sepanjang perjalanan (Israk). Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah disuruh oleh makaikat Jibrail supaya berhenti dan solat sebanyak 2 rakaat. Antara tempatnya ialah:

1- Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

2- Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.

3- Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan)


Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaibdan pelik.

 Peristiwa-peristiwanya ialah :

1-  Tempat yang berbau harum. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail. Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

2-  Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang2. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail. Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

3-  Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahanam. Kata Jibrail , Itulah orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

4-  Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh semula, lalu dipecahkan lagi. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah, Itulah orang yang berat kepala mereka untuk sujud kepada Allah (solat).

5-  Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

6-  Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail, Itulah orang yang makan riba.

7-  Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

8-  Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

9-  Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghina) orang.

10-Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai hiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

11-Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

12-Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.

13-Seorang perempuan bongkok 3 menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Demikianlah peristiwa-peristiwa yang mengambarkan balasan-balasan apa yang mereka kerjakan semasa hidup di dunia.

Tibanya Rasulullah di masjid Al-Aqsa, lalu Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian Baginda masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat 2 rakaat dengan segala anbia dan mursalin yang menjadi makmum.

Rasulullah SAW terasa dahaga lalu dibawakan 2 bejana yang berisi arak dan susu oleh Jibrail. Rasulullah SAW memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Perjalanan dari Masjid Al-Aqsa ke Hadratul-Qudus bertemu Allah SWT ( MIKRAJ )

Didatangi Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang2 yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Ke-2: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.

Langit Ke-3: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

Langit Ke-4: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris AS.

Langit Ke-5: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Ke-6: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi2. Seterusnya dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ke-7: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu denan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu La Haula Wala Quwwata Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah 5 kalimah, iaitu Subhanallah, Wal-Hamdulillah, Wa La Ilaha Illallah Allahu Akbar dan Wa La Haula  Wa La Quwwata Illa Billahil - 'Aliyyil-'Azhim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur terletak betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Ke-8: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi pemata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tidak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta Malik penunggunya.

Tangga Ke-9: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Baginda dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur' Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Ke-10: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Baginda Nabi Muhammad SAW:

Allah SWT: Ya Muhammad.

Rasulullah: Labbaika.

Allah SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah: Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata2 dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah SWT: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik2 umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan 7 ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat2 di akhir surah al-Baqarah sebagai satu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji2 Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji2mu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu 50 (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian Nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas 9 kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula. Seterusnya Baginda turun ke Baitul-Maqdis lalu menunggang Buraq ke Mekah hanya dalam satu malam. Dalam perjalanan itu baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib .Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira2 18 bulan sebelum hijrah.

Sesunguhnya peristiwa Israk Mikraj benar-benar dialami oleh Nabi Muhammad saw kerana telah termaktub dalam al-Quran dan kita wajib percaya dan beriman dengannya.
Allah swt berfirman : surah al-israk ayat 1



Wallahu'alam.


Sumber ~ blog ibuberbicara






25 Mei 2014

PELUMBA GRAND PRIX NEGARA MAUT NAHAS

Pelumba Moto3 negara, Husni Aizat, maut dalam nahas di Kota Tinggi

Husni Aizat Abdul Malik
JOHOR BAHRU: Pelumba motosikal Moto3 negara Husni Aizat Abdul Malik, 20, meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang bertembung sebuah lori tiga tan di Kota Tinggi pada hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Rahmat Othman berkata - dalam insiden di Jalan Tanjung Buai-Teluk Sengat pada 8.30 pagi itu, motosikal Husni terbabas ketika melalui selekoh tajam sebelum masuk ke laluan bertentangan dan melanggar lori terbabit.

"Motosikal dinaiki Husni sedang dalam perjalanan dari arah Pasir Gudang menghala ke arah Felda Air Tawar 1," kata ketika dihubungi.

Beliau berkata mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Felda Air Tawar 2 namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan manakala pemandu lori berusia 32 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Rahmat berkata ketika kejadian, keadaan cuaca adalah baik namun selekoh di lokasi kejadian tajam dan tidak mempunyai garisan tengah.

Beliau berkata siasatan awal menunjukkan nahas itu berpunca daripada motosikal terbabit.
Husni, dari Felda Air Tawar 1, merupakan bekas pelumba pasukan Touchline SIC-Ajo dan pernah beraksi dalam kejohanan CEV Repsol Moto3 di Sepanyol.

Menurut laporan media, Allahyarham sepatutnya memulakan musim kedua dalam kejohanan di Sepanyol tahun ini namun digugurkan pihak pengurusan pasukan berkenaan Mac lepas.

Husni juga pernah beraksi dalam SIC Ninja 250 R Cup yang menyaksikan Allahyarham mendapat tempat kedua selain Grand Prix Malaysia di bawah tiket 'wild card.'

~AL-FATIHAH~

RESIPI BISKUT RAYA : TAT NANAS GULUNG

Repisi Biskut Raya : TAT NANAS GULUNG





BAHAN-BAHAN :

> 1 kg tepung gandum
> 1/2 buku mentega
> 4 atau 5 kuning telur
> 1 putih telur
> 1/2 sudu teh garam halus
> 15g gula halus (jika mahu)
> 1 sudu teh esen vanilla
> 1 kg jem nenas

Untuk sapuan:
> 1 kuning telur dan pewarna kuning (kacau sebati)

CARA MEMBUATNYA :
1- Campurkan kuning telur,putih telur,garam,esen vanilla dan pewarna kuning dalam mangkuk
   kecil.Pukul sedikit.

2- Dalam mangkuk besar,gaulkan mentega,gula dan tepung hingga menjadi serbuk roti.

3- Kemudian masukkan campuran telur tadi.Gaul sebati.Masukkan dalam acuan tat gulung,picit
   dan letakkan jem.Kemudian gulung.

4- Sapu atasnya dengan bahan sapuan kemudian bakar pada suhu 160'C selama 20 minit atau
   sehingga masak.(suhu dan masak bergantung pada jenis oven)

*Jika adunan keras iaitu gulungan putus-putus bolehlah tambah sedikit lagi marjerin/mentega
  sehingga mendapat adunan yang betul-betul lembut.

Selamat Mencuba..

Resipi Biskut Raya BISKUT BATIK

Resipi Biskut Raya : BISKUT BATIK



BAHAN-BAHAN:

> 1 tin susu pekat manis
> 1 bungkus biskut marie ( dipatah-patahkan )
> 1 paket kecil milo
> 100gm coklat masakan ( dipotong kecil)
> 1 buku butter atau mentega
> 2 atau 3 biji telur (dipukul )

CARA MEMBUATNYA :

1- Pukul telur dan ketepikan.

2- Cairkan susu pekat manis dengan api yang kecil , kemudian masukkan milo dan coklat masakkan.

3- Kacau sehingga sebati  ( api perlahan )

4- Kemudian masukkan telur yang dipukul tadi bersama butter atau mentega , kacau hingga pekat dan nampak berkilat dan tutup api.

5- Masukkan biskut marie yang dipatah-patah dan gaul sehingga rata.

6- Kemudian mampatkan adunan ke dalam bekas atau loyang dan letakkan ke dalam peti sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.



~ gambar- citarasawan.

TAKTIK TERBARU JENAYAH : IKUT DAN SAMUN

CRIME ALERT: IKUT DAN SAMUN



Jenayah semakin berleluasa sekarang ini dan berbagai-bagai taktik-taktik yang mereka lakukan untuk melakukan jenayah. Dan ini sedikit perkongsian dari pihak PDRM yang perlu anda titik-beratkan.

Jika anda adalah seorang pemandu kenderaan, pastikan tahap keselamatan diri dan langkah berjaga-jaga diambil bagi mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa samun.

Taktik terkini yang dikesan digunakan penjenayah adalah dengan melarikan harta benda khususnya kenderaan anda dengan menggunakan taktik IKUT dan SAMUN.

Ikuti MO( modus operandi ) dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa penjenayah.

Modus Operandi:

1- Suspek terdiri daripada empat orang atau lebih dan menaiki sebuah kenderaan.

2- Kebiasaannya suspek akan menggunakan sebilah parang untuk menakutkan mangsa yang hendak disamun.

3- Ada juga menggunakan taktik dengan menyerang mangsa sama ada masuk atau keluar kenderaan.

4- Suspek akan mengarahkan mangsa menyerahkan barang kemas atau harta benda milik mangsa dan meninggalkannya di dalam kereta mangsa.

5- Suspek akan bertindak menarik mangsa keluar dari kenderaan.

6- Suspek akan melarikan kereta mangsa bersama-sama kenderaan yang dinaiki suspek yang lain.

Nasihat:

1. Sekiranya anda melihat atau diekori oleh kenderaan yang dinaiki mana-mana individu tidak dikenali terus menghubungi balai polis berdekatan atau berhenti di kawasan yang ramai orang.

2. Sekiranya berada di luar pagar, tunggu seketika dan tinjau keadaan sekeliling melalui cermin pandang belakang. Kenal pasti tiada kenderaan mencurigakan berhenti tidak jauh dari kenderaan anda.

3. Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis kenderaan, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).

4. Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku bergelutan dengan suspek untuk mempertahan harta benda.

5. Memasang sistem pengesan kenderaan di kereta bagi memudahkan pencarian pihak berkuasa (sekiranya mampu)

~ Info - PDRM

RESIPI BISKUT RAYA : CRISPY ALMOND COOKIES

RESIPI BISKUT RAYA : CRISPY ALMOND COOKIES

Gambar oleh ~ Duhai Hati
BAHAN-BAHAN : ( lebih kurang 50 biji )

> 1 3/4 cawan tepung all purpose atau tepung gandum biasa
> 1 1/2 sudu baking powder
> 3/4 cawan gula halus
> 1 sudu cream of tartar
> 1/8 sudu teh garam atau secubit
> 1/2 cawan shortening
> 2 biji kuning telur
> 1 sudu air suam
> 2 sudu susu
> 100 g atau 1 cawan badam cincang (ikut selera)


CARA MEMBUATNYA :

1- Pukul shortening dgn gula hingga gebu, masukkan kuning telur, pukul lagi.

2- Dalam mangkuk lain, campurkan baking powder, cream of tartar, susu, dan garam.

3- Kemudian, masukkan tepung dan badam cincang sedikit-sedikit. Adunkan dengan tangan.

4- Biarkan adunan dlm peti ais selama setengah jam (sekurang2nya) untuk memudahkan dibentuk.

5- Bentuk adunan mengikut bentuk yang disukai, atau boleh guna acuan. ( jangan terlalu tebal kerana biskut ini akan kembang).

6- Bakar selama 10-12 minit dlm suhu 150 C, kemudian hias mengikut kretiviti anda.

Selamat mencuba...

by ~ My resipi (kongsi resipi)

REAL MADRID MUNCUL JUARA LIGA JUARA-JUARA 2013/4

REAL MADRID MUNCUL JUARA LIGA JUARA-JUARA 2013/4




Tahniah! Real Madrid juara UEFA Champions League 2013/4. Biarpun masa hampir tamat dengan ketinggalan 1 gol , namun Real bangkit di minit-minit terakhir menerusi tandukan Sergio Ramos melalui sepakan penjuru. Real Madrid menang bergaya ke atas Atletico dengan 4 - 1.

Kegemilangan `La Decima' ini bermula dengan jaringan Ramos pada masa tambahan minit 93'. Seterusnya diikuti dengan jaringan pemain muda , Gereth Bale pada minit 110' dan muncul wira buat penyokong Real untuk mendahului dan mengekang kemaraan Atletico. Parah Atletico ditambah lagi menerusi jaringan pemain gantian Real iaitu , Marcelo pada minit 118'. Dan jaringan ke-4 buat Real menerusi sepakkan penalti oleh Cristiano Ronaldo.

Real muncul Juara UCL 2013/4 buat kali ke-10 , selepas membenam Atletico di pentas Akhir Lisbon. Antara pasukan yang paling banyak memenangi kejuaraan liga ini.

Congratulations to Real Madrid..



LINK STREAMING FINAL LIGA JUARA-JUARA [ REAL MADRID VS ATLETICO MADRID ]

Link Streaming Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara ( UCL FINAL 2013/4 )


FINAL CHAMPIONS LEAGUE 2013/14:
REAL MADRID VS ATLETICO MADRID
25 MEI 2014 
JAM 02:45 PAGI (waktu Malaysia)

Lines-up:

Atlético de Madrid: Courtois; Juanfran, Godin, Miranda, Filipe Luis; Gabi, Tiago, Koke, Raul Garcia; Villa, Diego Costa.


Real Madrid C.F.: Casillas; Carvajal, Ramos, Varane, Coentrao; Khedira, Modric, Di Maria; Bale, Benzema, Ronaldo.

Link Streaming perlawanan >> KLIK SINI << untuk menonton.

Real Madrid VS Atletico Madrid

RESIPI BISKUT RAYA : NESTLE FITNESSE APRIKOT

Resipi Biskut Raya : Nestle Fitnesse Aprikot


BAHAN-BAHAN A:

> 175gm tepung gandum
> 60gm tepung jagung
> 1 camca teh serbuk penaik
> 100gm Nestle Corn Flakes ( ditumbuk halus )
> 25gm Nestle Fitnesse ( dikisar halus )
> 1 cawan aprikot ( dicincang halus )
> 150gm mentega atau marjerin
> 100gm gula kaster
> 1 camca teh esen vanilla
> 1 biji telur


CARA MEMBUATNYA :

1- Ayak bahan A ; masukkan Nestle Corn Flakes, Nestle Fitnessdan aprikot cincang, gaul sebati dan ketepikan.

2- Krimkan mentega ,  gula dan esen vanilla hingga kembang. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.

3- Kaup balikkan campuran tepung dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.

4- Canai doh hingga 1cm lebal dan potong dengan acuan penerap biskut yang disukai. Letakkan doh di atas dulang pembakar yang telah disapukan sedikit mentega , jarakkan sedikit untuk biskut mengembang.

5- Bakar dalam ketuhar bersuhu 180c  selama 15-20 minit atau sehinngga kuning keemasan. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan selama 20 minit.

6- Untuk hiasan ; Hiaskan dengan aising coklat atau ceri merah.

RESIPI BISKUT RAYA : BISKUT OREN CENGKERANG

Resipi Biskut Raya : Biskut Oren Cengkerang


BAHAN-BAHAN A:

> 150gm tepung gandum
> 50gm tepung jagung
> 2 camca besar serbuk koko
> 1/2 camca teh serbuk penaik
> 50gm Nestle Corn Flakes (dikisar halus)
> 1 camca besar parutan kulit oren
> 100gm mentega atau marjerin
> 50gm gula
> 2 biji kuning telur
> 1 camca teh esen oren

CARA MEMBUATNYA :

1- Ayak bersama bahan A : masukkan Nestle Corn Flakes, dan parutan kulit oren ; gaul sebati dan ketepikan.

2- Krimkan mentega , gula, kuning telur dan esen ren hingga kembang.

3- Kaup balikkan campuran tepung dan gaul sebati hingga menjadi doh lembut.

4- Tekan doh ke dalam acuan putu kacang hingga padat. Kemudian , ketukkan sedikit untuk mengeluarkannya.

5- Letakkan doh di atas dulang pembakar yang telah disapukan sedikit mentega, jarakkan sedikit untuk biskut mengembang.

6- Bakar dalam ketuhar bersuhu 180c selama 15-20 minit atau hingga kuning keemasan. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan selama 20 minit.

7- Untuk hiasan : Campurkan gula aising yang telah diayak dengan esen oren dan kacau hingga sebati. Kemudian , sapukan di antara dua keping biskut itu.

24 Mei 2014

RESIPI KEK RAYA : KEK COKLAT GANACHE

RESIPI KEK RAYA : KEK COKLAT GANACHE


BAHAN-BAHAN:

> Kek coklat
> 225gm mentega ( biarkan lembut suhu bilik )
> 300gm gula kaster
> 5 biji telur gred B
> 1 sudu teh esen vanilla
> 200gm tepung 
> 1 sudu teh serbuk soda bikarbonat
> 70gm serbuk koko
> 320ml susu
> 1 sudu makan jus limau nipis/cuka

BAHAN-BAHAN GANACHE:

> 250gm coklat separuh manis/coklat pahit manis ( potong kecil )
> 130ml krim (heavy cream)
> 2 sudu makan mentega

CARA MEMBUAT :

1- Pukul mentega dengan gula sehingga sebati dan gebu. Kemudian masukkan telur satu persatu dan kacau
sebati.

2- Ayak tepung dengan serbuk bikarbonat dan serbuk koko kemudian campurkan susu, vanilla dengan jus limau nipis atau cuka.

3- Kemudian masukkan tepung dan ayak selang seli dengan susu. Kacau sehingga sebati.

4- Masukkan dalam acuan kek yang telah disapukan dengan mentega. Kemudian bakar dalam ketuhar dengan suhu 170 darjah Celsius selama 35-40 minit atau sehingga kek masak. Keluarkan daripada acuan dan sejukkan. Setelah sejuk bolehlah disapukan kek dengan ganache.

5- Untuk membuat ganache: Letakkan coklat dalam mangkuk.

6- Kemudian panaskan krim bersama mentega di atas api yang sederhana sehingga krim mendidih. Kemudian, tuangkan krim dalam mangkuk yang mengandungi coklat tadi dan kacau dengan perlahan sehingga rata dan sebati. Sejukkan sebentar sehingga ia pekat dan set seterusnya bolehlah disapukan atas kek coklat tadi.

~Selamat mencuba..

SAH! COKLAT CADBURY MENGANDUNGI DNA BABI.

COKLAT CADBURY DISAHKAN MENGANDUNGI DNA BABI.

Isu berkenaan pengesanan DNA babi dalam produk coklat Cadbury Daily Milk begitu kencang diperkatakan dalam media sosial sejak semalam.  Kenyataan ini pasti mengejutkan ramai pihak khususnya bagi pengemar coklat yang telah dikesan positif DNA babi. Hal demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini telah pun mengesahkan produk pengeluar coklat popular iaitu Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. mengandungi DNA babi (Porcine).


Ada DNA babi

"Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya,"

Selepas keputusan analisis sampel coklat susu tersebut diambil: 

Hasil keputusan analisis sampel, mendapati tiga sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA babi  (porcine) bagi tujuan pemantauan. Keputusan analisis mendapati dua sampel telah dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine) iaitu:

i) Coklat Susu dengan Kacang HazelCadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan

ii) Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

Manakala, satu  lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA khinzir (porcine).

Dua sampel yang telah disahkan mengandungi DNA babi iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel – 

Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2. 
-Tarikh luput : 13 November 2014.

Coklat Susu dengan Buah Badam - 
Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015

Bagaimanapun, Berhubung perkara berkenaan Pihak pengeluar Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan menarik baik dua produk positif DNA babi itu dari pasaran dengan serta-merta.



Kenyataan Berikut
Ketua Pengarah Kesihatan , Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.

“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, boleh mengemukakan kepada kementerian melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq.

Siapa sangka produk yang mendapat tempat dihati pengemar coklat dan telah sekian lama serta meluas dipasarkan di seluruh negara akhirnya disahkan mengandungi Porcine atau DNA babi. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Persoalannya bagaimana tanda halal boleh dilabelkan pada produk berkenaan? Bagaimana pemantauan pihak JAKIM? Jadi jaga-jagalah kita bab memilih makanan kerana ia akan menjadi darah daging kita. Hindari dari makan benda-benda yang haram.!


23 Mei 2014

LIVE STREAMING ASTRO ARENA TERENGGANU VS PAHANG 24-5-2014

[ LIVE ASTRO ARENA ] TERENGGANU VS PAHANG ( LIGA SUPER 2014 )

[ LIVE STEAMING , LIVE STEAMING ,  LIVE STEAMING , LIVE STEAMING ]
[ TERENGGANU VS PAHANG , TERENGGANU VS PAHANG , TERENGGANU VS PAHANG ]
[ LIGA SUPER 2014 , LIGA SUPER 2014 , LIGA SUPER 2014 , LIGA SUPER 2014 ]
   

Live Streaming Astro Arena
TERENGGANU VS PAHANG
Liga Super 2014 
24 Mei 2014
Pertembungan antara 2 pasukan dari Pantai Timur hujung minggu ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur bermula jam 8:45 malam. Saksikan siaran langsung TERENGGANU menentang PAHANG menerusi Astro Arena di bawah INI..


CARA MEMBAKAR ROTI MASA KINI

CARA MEMBAKAR ROTI MASA KINI

roti bakar special     roti bakar telur  
resep roti bakar enak    resepi roti bakar
   resepi roti bakar      roti bakar recipe

Roti Bakar Rentung Special
Dunia kini semakin maju dengan adanya pelbagai teknologi seperti adanya rangkaian internet serta media-media sosial. Jadi , terhasillah resepi yang unik lagi special. Di sini dikongsikan salah satu resepi pada masa kini yang telah mendapat sambutan hangat iaitu " Resepi Roti Bakar Rentung " . Cara membuatnya adalah sangat-sangat simple dan mudah.
Berikut ialah Bahan-bahan dan cara membuatnya..

BAHAN-BAHANNYA:
2 keping roti (kuantiti mengikut kehendak anda)
1 akaun Facebook

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Bakar roti tersebut, dan tinggalkannya.
2. Kemudian, log in akaun Facebook anda.
3. Selepas beberapa puluh minit atau beberapa jam kemudian, anda akan teringat roti bakar special tadi dan menjenguknya selepas melayan facebook.
4. Akhir sekali, terhasillah " Roti Bakar Rentung Special " ala masa kini...

Mudah kan? semudah ABC..Ramai yang telah mencubanya terutamanya kaum wanita khususnya suri rumah yang celik IT. Anda bila lagi..? selamat mencuba.. =)



SEMAKAN UPU 2014/15

SEMAKAN KEPUTUSAN UPU 2014/15

semakan keputusan upu

semakan upu lepasan SPM

semakan upu fasa 1

semakan upu lepasan STPM

semakan rayuan upu




Semakan keputusan pemohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Politeknik Premier secara online bagi lepasan SPM atau setaraf Sesi Akademik 2014/2015. Pemohon lepasan SPM bolehlah membuat semakan disini.


Berikut adalah makluman bagi semakan UPU untuk permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Politeknik Premier Sesi Akademik 2014/2015. Semakan ini dibuat menerusi laman web rasmi UPU Kementerian Pelajaran Malaysia bahagian pengurusan kemasukan pelajar ke IPTA.

>> SEMAKAN KEPUTUSAN << klik sini

Bagi pemohon yang gagal , bolehlah membuat pemohonan rayuan. di sini > PEMOHONAN RAYUAN <<

Ini kategori bagi setiap permohonan untuk rujukan pemohon :_

Kategori Bagi Lepasan SPM/Setaraf



Kategori Lepasan STPM/Setaraf




18 Mei 2014

Lelaki India Berwajah Gajah Enggan Melakukan Pembedahan Plastik

Seorang lelaki berwajah gajah di India menolak tawaran untuk melakukan pembedahan plastik bagi merawat mukanya



Seorang lelaki di India yang digelar ' lelaki gajah' menolak tawaran untuk melakukan pembedahan plastik bagi merawat mukanya itu. Mannan Mondal 50, atau dikenali sebagai 'lelaki gajah mahu menyimpan wajahnya itu kerana kerana mahu terus mengemis demi mengumpul belanja untuk perkahwinan anak perempuannya. Katanya persiapan untuk perkahwinan anak perempuannya, Rasheeda, 20, lebih utama. Lelaki ini menganggap wajahnya sebagai punca rezekinya untuk mengemis. Dia disisihkan kerana penampilannya dan diharamkan daripada bersekolah menyebabkan dia tiada pilihan selain mengemis.

Manna yang menghidap neurofibromatosis, sejenis penyakit yang berisiko menyebabkan ketumbuhan, berkata - "Saya perlu membeli pelbagai barangan seperti katil, kabinet, cincin, jam dan sebagainya.

Hasil mengemis yang saya dapat tidak cukup untuk menyara keluarga, tetapi saya tiada cara lain untuk membantu anak saya.Saya tiada pilihan lain dan perlu mengutamakan nafkah untuk keluarga saya,” katanya.

Disebabkan penyakitnya itu, dia kehilangan sebelah mata, sebelah telinga dan kebanyakan giginya.

Bulan lalu, pengarah Pembedahan Plastik Pusat Penyelidikan Fortis Memorial di Gurgaon Dr Ajay Kashyap membuat pemeriksaan menyeluruh ke atas Mannan. “Ketumbuhan dialami tidak berbahaya dan bukan kanser, tetapi tulang sebelah bahagian mukanya tidak membesar dengan betul menyebabkan ketumbuhan itu jatuh. “Untuk ‘membaiki’ mukanya kami perlu membuang sebanyak mungkin ketumbuhan itu dan membina semula bahagian mukanya yang hilang. Tetapi,tidak bermakna dia normal 100 peratus, sekadar memberikan rupa normal,” katanya.

~Sumber-


Bolehkah Ucap " Rest In Peace " (RIP) Kepada Bukan Islam?


Bolehkah kita (Islam) ucap RIP atau "Rest in Peace" bila orang bukan Islam meninggal dunia?



Setiap kali ada kematian bukan Islam pasti ada sesetengah individu Islam yang menyebut " Rest In Peace " (RIP) terutamanya di laman sosial seperti Facebook yang mengkomen "RIP" pada kematian bukan Islam. Namun tahukah mereka apa hukum menyebut RIP? Adakah ia bergantung pada niat seseorang itu?

Penjelasan: 
   
Secara dasarnya Islam membenarkan ucapan yang baik terhadap orang bukan Islam atas dasar kemanusiaan dan penghormatan terhadap hak mereka dalam melaksanakan agama mereka. Ini dapat ditunjukkan dengan penghormatan Rasulullah s.a.w apabila Baginda berdiri menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan Baginda.

Kita dilarang ucap RIP atau "Rest in Peace" pada orang bukan Islam yang meninggal dunia kerana ianya bercanggah dengan Quran dan Hadis. Kita sebagai orang Islam wajib beriktiqad bahawa orang bukan Islam sebaik sahaja mereka mati, mereka akan terus mendapat seksaan di alam barzakh dan kesudahan mereka di akhirat adalah buruk jika mereka tidak sempat beriman. Kita juga dilarang mendoakan keampunan dari Allah untuk orang bukan Islam.
Jika kita berkeyakinan mereka akan mendapat keamanan setelah mati, maka itu boleh merosakkan aqidah kita kerana kita telah bercanggah dengan Quran dan Hadis. 

Akidah Islam seseorang itu yang mati dalam kekufuran tidak akan mendapat keampunan dan rahmat dari Tuhan. Ini berdasarkan ayat al-Quran,

 “ Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabatnya sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu
ahli neraka.
Surah al-Taubah:113

Itu kata Ustaz Azhar Idrus. Walaubagaimanapun Islam tidak menghalang seseorang Islam mengucapkan simpati terhadap keluarga orang bukan Islam yang meninggal dunia dengan ucapan yang tidak memberi implikasi keagamaan seperti “Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada anda “ atau cukuplah sekadar mengucapkan Takziah..

Berhati-hati lah kita. Wallahu a'lam.

17 Mei 2014

Punca Sebenar Wanita Solat Dan Membaca Al-Quran Di Tepi Jalan


KUALA LUMPUR: Hari ini gemparkan dengan seorang wanita kelihatan pelik yang mengelirukan dan menimbulkan persoalan ramai pihak melalui penyebaran gambar seperti di atas di laman sosial. Kejadian itu menggemparkan pemandu yang menggunakan jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka di ibu negara pagi ini, apabila dilihat sedang menunaikan solat dan membaca al-Quran.

Gambar kelakuan wanita berkenaan yang lengkap bertelekung sambil bersimpuh di atas sejadah dan membaca al-Quran mula tersebar di laman sosial sejak tengah hari tadi.

Laporan MStar mengatakan , maklumat awal mendapati Anita Shiar, 27, mendakwa dia bermimpi ditimpa perkara tidak baik lalu bertindak bersolat di merata lokasi.

Laporan disahkan diterima Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad.

Wanita terbabit ditemui tanpa dokumen pengenalan diri dan kemudian di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.


[ LIVE STREAMING ] Terengganu Vs Lions Xll (17 mei 2014)

Saingan Liga Super 2014 Terengganu bertemu Lins Xll [ 17/5/2014 ]



Perlawanan berlangsung pada jam 8:45 malam ini (sabtu7/5/2014) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) Kuala Terengganu. Live di Astro Arena.. sesiapa yang tiada Astro di rumah bolehlah tengok di sini.


Rasmi..kesebelasan utama Terengganu FA menentang Lions XII pada malam ini.




Tanah Runtuh Di Kampung Baru Subang, Seorang Warga Bangladesh Maut


Tragedi Tanah runtuh di Subang , seorang maut.



Satu tragedi tanah runtuh berlaku pada hari ini, 17/5/2014 yang mengorbankan nyawa seorang warga Bangladesh di kampung Baru, Subang pagi tadi. Warga Bangladesh itu ialah seorang pekerja gudang perabot dan ditemui mati akibat tertimbus dalam kejadian tanah runtuh dipercayai akibat hujan lebat di Jalan Kampung Baru, Sungai Buloh dekat sini pagi tadi.

Timbalan Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harun berkata dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Abul Kassim, 43, tertimbus sedalam satu meter di bawah timbunan dinding zink, akibat gudang itu ditimbusi tanah yang runtuh itu.

Gudang perabot berkenaan terletak berhampiran kawasan bukit. "Semasa kejadian mangsa dipercayai sedang berada di dalam tandas di gudang itu. Dia dipercayai mati akibat kesukaran bernafas dan mayatnya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat," katanya.

Mohd Sani berkata pihaknya yang menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.43 pagi mengambil masa lebih daripada tiga jam untuk mengeluarkan mayat mangsa dari timbunan. 


Sekitar kawasan tanah runtuh yang memusnahkan kilang perabot di Kampung Baru Subang di Subang, hari ini


Sumber ~ Sinar Online

[ LIVE STREAMING ] Perlawanan Penentu Juara La Liga ( FC Barcelana Vs Atletico Madrid )

Perlawanan Penentu Juara La Liga 13-14 ( FC Barcelona Vs Atletico Madrid )



Perlawanan penentu juara La liga pada musim ini iaitu Barcelona menentang Atletico Madrid pada 18/ 5/ 2014 pagi ahad tepat jam 12:00 am.

Barcelona ketinggalan 3 mata di belakang pendahulu liga, Atletico Madrid namun berpeluang memenangi La Liga pada musim ini jika menang pada perlawanan ini. Barcelona memiliki kelebihan gol berbanding Atletico Madrid , yang membuka peluang buat Barcelona mencabar kejuaraan kali ini dengan 3 mata di belakang Atletico selepas Real Madrid tersingkir dalam perebutan kejuaraan liga akibat ketinggalan mata.


Jadi.. mampukah Barcelona memenangi perlawanan ini dalam misi mempertahankan kejuaraan Liga pada musim ini? Jom sama-sama kita saksikan pada klik di bawah ini..

>> Klik sini << untuk menonton.
Abaikan yang bawah tu.. tak berguna langsung.


[ Live Streaming ] Arsenal Vs Hull City - Final FA Cup 2014

Siaran Langsung Arsenal Vs Hull City Final Piala FA 13-14 ( 17 May 2014 )



Pada malam ini (17 may 2014) ada perlawanan penting bagi peminat The Gunners iaitu saingan akhir Piala FA 2013-2014 Arsenal menentang Hull City atau lebih dikenali sebagai (Maybank). Perlawanan yang berlangsung pada tepat jam 12 tengah malam ini di Stadium Wembley, London. 

Lineups: Arsenal vs Hull City

Arsenal: Fabianski, Sagna, Mertesacker, Koscielny, Gibbs, Arteta, Ramsey, Cazorla, Ozil, Podolski, Giroud.

Hull City: McGregor; Davies, Bruce, Chester; Elmohamady, Livermore, Huddlestone, Meyler, Rosenior; Quinn, Fryatt.

Arsenal yang telah berjaya melayakkan di pentas akhir dalam saingan Piala FA inggeris selepas berjaya menundukan Juara bertahan Piala FA Inggeris sebelum ini  iaitu Wigan melalui sepakan penalti. Arsenal tampak berpeluang mendapatkan satu trofi dalam saingan ini selepas hampir 9 tahun tidak menjulang trofi sehingga mendapat banyak ejekan dan kritikan penyokong kelab lain.Pada malam ini , Arsenal perlu memenangi Piala FA Inggeris ini bagi memadamkan kutukan dan kritikan mereka itu.


Pada awal musim dalam saingan Liga Perdana Enggeris (EPL) Arsenal tampak berpeluang untuk menjuarai BPL 13-14 apabila menjadi pendahulu liga. Namun, selapas itu bermulalah siri kekalahan buat pasukan Arsenal apabila ramai tonggak utamanya mengalami kecederaan iaitu Ramsey, Walcott, Welshere dan Ozil yang terpaksa direhatkan dalam jangka masa yang lama. Keadaan itu membuatkan kedudukan Arsenal terus merundum dan membuka peluang pencabar-pencabar terdekat untuk memintas kedudukan itu dalam liga BPL 13-14 yang dijuarai oleh Manchester City.


Inilah dia... Trofi yang menjadi rebutan pada tengah malam nanti antara Arsenal dengan Hull City. Admin yakin Arsenal mengalahkan pasukan Maybank ini (Hull City). Seterusnya menjulang trofi kemenangan.. dan menamatkan kemarau ini sejak hampir 9 tahun. 

Get ready fan Arsenal. COYG!!!

Nah! ini dia live perlawanan Final FA Cup 2014 - > klik sini <
Abaikan yg bawah tu.. tak berguna..



14 Mei 2014

Datuk Seri Anwar Ibrahim Terlibat Dalam Kemalangan.



Datuk Seri Anwar Ibrahim Terlibat Dalam Satu Kemalangan Kecil.




SHAH ALAM : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah dimaklumkan terlibat dalam satu kemalangan di Desa Sri Hartamas kira-kira jam 10 malam tadi.

Datuk Seri Anwar dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

"Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi Alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan. Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan sedang diperiksa doktor," menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan ringkas.

Datuk Seri Anwar dan  Datin Seri Dr Wan Azizah akan pulang ke rumah malam ini selepas mendapatkan rawatan, katanya. - BERNAMA-

13 Mei 2014

TERKINI : Adun Bukit Besi Tarik Semula Surat Dari Keluar Umno

Adun Bukit Besi Tarik Semula Surat Dari Keluar Umno


Adun Bukit Besi ,Roslee Daud

KUALA TERENGGANU : Krisis politik di Terengganu yang terus hangat diperkatakan di seluruh Malaysia
dan juga menimbulkan banyak spekulasi di kalangan rakyat malaysia berkenaan perletakan beberapa adun yang mengambil keputusan untuk keluar parti sedikit-sebanyak telah memadamkan spekulasi ini , apabila Adun Bukit Besi tarik semula dari keluar parti selepas beberapa jam mengikuti keputusan Datuk Seri Ahmad Said bersama seorang lagi Adun iaitu Adun Ajil Ghazali Taib.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).
 
Perkara itu disahkan Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.

Mohd Jidin, yang juga Adun Permaisuri, berkata Roslee telah menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangan beliau.
 
"Kenapa beliau membuat keputusan tersebut awal pagi tadi tak perlu kita sebut lagi. Tetapi, yang penting kita dalam parti perlu bersatu padu," katanya ketika dihubungi Bernama.
 
Mohd Jidin berharap situasi politik yang berlaku di negeri itu dapat ditangani dengan baik.
 
Sebelum ini, Roslee mengisytiharkan bahawa beliau telah keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, yang juga Adun Kijal, dan Adun Ajil Ghazali Taib berbuat demikian.
 
Mereka bertindak demikian selepas Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah malam semalam bagi menggantikan Ahmad yang meletak jawatan sebagai menteri besar.
 
Dengan perkembangan terbaharu itu, BN kini memegang 16 kerusi Dun termasuk satu kerusi Speaker manakala Pas (14), PKR (1) dan Bebas (2)
Dipetik dari Sinar Online

Krisis Politik Terengganu : Adun Kemasik , Permaisuri Dan Hulu Besut Nafi keluar Parti

Kemelut politik di Terengganu yang begitu rancak dibicarakan sejak semalam. Hal ini telah banyak menimbulkan banyak spekulasi , selepas peletakan jawatan dan pengisytiharan Bekas Menteri Besar Terengganu , Dato' Seri Ahmad Said bersama dua adun yang lain keluar parti itu semalam , ada yang mengatakan akan ada 3 lagi adun yang akan mengikuti jejak Ahmad Said.

Namun ,semua itu telah terjawab, selepas diberitakan media yang mengatakan beliau menafikannya berhubung hal tersebut sebentar tadi .

Adun Kemasik

Adun Kemasik, Ir Rosli Othman memberitahu Bernama melalui telefon, beliau masih bersama Umno bertentangan dengan mesej yang tersebar melalui SMS selepas tiga wakil rakyat mengisytiharkan mereka keluar parti.

Antara mesej yang tersebar melalui SMS itu menyebut bahawa Rosli ialah seorang daripada tiga wakil rakyat BN dari Umno yang keluar daripada parti itu dan menyertai tiga yang lain bagi mengisytiharkan mereka sebagai wakil Bebas. Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad juga menafikan dirinya isytihar keluar Umno dan mengaku masih setia bersama parti. Turut menafikan juga Adun Hulu besut , Nawi Mohamad dan Adun Permaisuri , Datuk Mohd Jidin Shafie. Sekali gus memadamkan khabar angin yang mengatakan 3 adun ini juga mengikuti Ahmad Said.

Adun Permaisuri

Adun Hulu Besut

Dengan pergolakan itu, BN kini mempunyai 14 kerusi Dun diikuti Pas (14), PKR (satu) dan tiga wakil Bebas. Mungkinkah bakal akan ada pembuburan Dun Negeri Terengganu dengan perubahan kerusi ini?

JADUAL PERLAWANAN PIALA DUNIA 2014 (waktu Malaysia)

Jadual Perlawanan Piala Dunia 2014 (waktu Malaysia)




World Cup Group
JUMAAT, 13 JUN 2014

  • A 04:00 Brazil lwn Croatia ( 3 - 1 )


SABTU, 14 JUN 2014

  • A 12:00am - Mexico lwn Cameroon ( 1 - 0 )
  • B 03:00am - Spain lwn Netherlands  ( 1 - 5 )
  • B 06:00am - Chile lwn Australia        ( 3 - 1 )


AHAD, 15 JUN 2014

  • C 12:00am - Colombia lwn Greece      ( 3 - 0 )
  • D 03:00am - Uruguay lwn Costa Rica  ( 1 - 3 )
  • D 06:00am - England lwn Italy             ( 1 - 2 )
  • C 09:00am - Côte d'Ivoire lwn Japan   ( 2 - 1 )


ISNIN, 16 JUN 2014

  • E 12:00am - Switzerland lwn Ecuador                  ( 2 - 1 )
  • E 03:00am - France lwn Honduras                       ( 3 - 0 )
  • F 06:00am - Argentina lwn Bosnia-Herzegovina    ( 2 - 1 )


SELASA, 17 JUN 2014

  • G 12:00am - Germany lwn Portugal   ( 4 - 0 )
  • F 03:00am - Iran lwn Nigeria             ( 0 - 0 )
  • G 06:00am - Ghana lwn USA            ( 1 - 2 )


RABU, 18 JUN 2014

  • H 12:00am - Belgium lwn Algeria             ( 2 - 1 )
  • A 03:00am - Brazil lwn Mexico                ( 0 - 0 )
  • H 06:00am - Russia lwn Korea Republic  ( 1 - 1 )


KHAMIS, 19 JUN 2014

  • B 12:00am - Australia lwn Netherlands     ( 2 - 3 )
  • B 03:00am - Spain lwn Chile                    ( 0 - 2 )
  • A 06:00am - Cameroon lwn Croatia         ( 0 - 4 )

JUMAAT, 20 JUN 2014

  • C 12:00am - Colombia lwn Côte       ( 2 - 1 )
  • D 03:00am - Uruguay lwn England    ( 2 - 1 )
  • C 06:00am - Japan lwn Greece         ( 0 - 0 )


SABTU, 21 JUN 2014

  • D 12:00am - Italy lwn Costa Rica       ( 0 - 1 )
  • E 03:00am - Switzerland lwn France   ( 2 - 5 )
  • E 06:00am - Honduras lwn Ecuador    ( 1 - 2 )


AHAD, 22 JUN 2014

  • F 12:00am - Argentina lwn Iran                        ( 1 - 0 )
  • G 03:00am - Germany lwn Ghana                    ( 2 - 2 )
  • F 06:00am - Nigeria lwn Bosnia-Herzegovina   ( 1 - 0 )


ISNIN, 23 JUN 2014

  • H 12:00am - Belgium lwn Russia               ( 1 - 0 )
  • H 03:00am - Korea Republic lwn Algeria  ( 2 - 4 )
  • G 06:00am - USA lwn Portugal                 ( 2 - 2 )


SELASA, 24 JUN 2014

  • B 12:00am - Australia lwn Spain       ( 0 - 3 )
  • B 12:00am - Netherlands lwn Chile   ( 2 - 0 )
  • A 04:00am - Cameroon lwn Brazil    ( 1 - 4 )
  • A 04:00am - Croatia lwn Mexico      ( 1 - 3 )


RABU, 25 JUN 2014

  • D 12:00am - Italy lwn Uruguay                ( 0 - 1 )
  • D 12:00am - Costa Rica lwn England       ( 0 - 0 )
  • C 04:00am - Japan lwn Colombia            ( 1 - 4 )
  • C 04:00am - Greece lwn Côte d'Ivoire     ( 2 - 1 )


KHAMIS, 26 JUN 2014

  • F 12:00am - Nigeria lwn Argentina             ( 2 - 3 )
  • F 12:00am - Bosnia-Herzegovina lwn Iran  ( 3 - 1 )
  • E 04:00am - Honduras lwn Switzerland      ( 0 - 3 )
  • E 04:00am - Ecuador lwn France               ( 0 - 0 )


JUMAAT, 27 JUN 2014

  • G 12:00am - US lwn Germany 
  • G 12:00am - Portugal lwn Ghana
  • H 04:00am - Korea Republic lwn Belgium 
  • H 04:00am - Algeria lwn Russia