29 Jun 2014

Perdana Menteri : Najib Luang Masa Ziarah Presiden PAS

Najib Luang Masa Ziarah Presiden PAS


SHAH ALAM - Walaupun sibuk memenuhi urusan seharian, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap meluangkan sedikit masa untuk menziarahi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini mendapat rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) tengah hari tadi.

Beliau sempat memuat naik gambar bersama Tuan Guru Abdul Hadi di bilik rawatan serta ucapan mendoakan agar kesihatannya bertambah baik.

"Menziarahi Tuan Haji Hadi di hospital baru tadi. Moga cepat pulih, Insya-Allah," katanya menerusi laman Twitternya.

Sebelum ini , Datuk Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengalami masalah kesihatan dan dikejarkan ke hospital di Istanbul ketika memenuhi jemputan ke Seminar Antarabangsa Esam anjuran Gerakan Islam Turki.

Sebelum ini Tuan Guru Abdul Hadi dilaporkan mendapat rawatan di hospital berkenaan akibat komplikasi sesak nafas semasa persidangan berlangsung.

Beliau selamat tiba di tanah air petang semalam selepas menjalani rawatan perubatan di hospital di Istanbul, sejak bulan lalu.

via - Sinar Harian~

MESUT OZIL MENGAKU TIDAK AKAN BERPUASA

Piala Dunia 2014 : Mesut Ozil Mengaku Tidak Berpuasa


KEDATANGAN RAMADHAN berlangsung serentak dengan pusingan kalah mati di Kejohanan Piala Dunia.

Pemain Perancis, Karim Benzema dan pemain Jerman, Mesut Ozil antara pemain beragama Islam yang beraksi di Piala Dunia 2014.

Ia bukan halangan buat sebahagian pemain Perancis, Jerman, Switzerland, Belgium, Algeria dan Nigeria yang beragama Islam.


Selain Benzema dan Ozil, antara pemain beragama Islam dalam Piala Dunia kali ini ialah Sami Khedira dari pasukan Jerman, Mamadou Sakho dan Moussa Sissoko dari pasukan Perancis, Marouane Fellaini pemain tengah Belgium, Xherdan Shaqiri pemain tengah Switzerland serta beberapa pemain lain.

Bagaimanapun Ozil mengakui tidak akan berpuasa untuk beraksi bagi pasukannya.

Kebiasaannya, bintang-bintang profesional ini mengamalkan pemakanan ketat bagi mengekalkan hidrasi dan menjamin kecergasan tubuh.

Mereka juga perlu menyesuaikan diri dengan atmosfera panas lembap di beberapa tempat perlawanan di Brazil.


Waktu dari imsak ke azan Maghrib di Rio de Janeiro mengambil tempoh 11 hingga 12 jam.

by- Astro Awani~

HUKUM MEMBERUS GIGI SEMASA PUASA?

APA HUKUM MEMBERUS GIGI SEMASA PUASA?

Di bulan Ramadhan ini pasti akan timbul berbagai-bagai kemusykilan dalam menjalani ibadat puasa. Salah satunya ialah ialah "Apa hukum memberus gigi semasa berpuasa? " Oleh itu, Mari kita ikuti apa hukum memberus gigi semasa berpuasa..


Islam menggalakkan bersugi (berus gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang. Bahkan, kalaulah tidak menjadi beban kepada umat ini sudah pasti kita diwajibkan bersugi lima kali sehari. Ini seperti sabda Nabi s.a.w:
“Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Apabila kita berpuasa, bau mulut kita menjadi kuat. Ini sesuatu yang sukar dielakkan. Allah tahu hakikat tersebut. Allah Maha Tahu bahawa bau tersebut terhasil kerana kita tidak makan dan minum sepanjang hari keranaNYA. Justeru itu, Nabi s.a.w bersabda:
“Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Namun ini tidaklah bererti orang yang berpuasa itu disuruh untuk membiarkan orang lain mencium bau busuk mulutnya. Itu akan menyakiti orang lain. Apatahlagi di zaman kini yang mana kita bekerja di tempat awam, ataupun membabit ramai orang di sekeliling. Tambahan lagi, jika terdapat mereka yang bukan muslim, tentu akan menimbulkan rasa yang tidak selesa terhadap muslim yang berpuasa pada bulan Ramadan ataupun boleh menghilang gambaran keindahan Islam.

Maka pendapat yang menyuruh kita membiarkan bau busuk mulut semasa berpuasa tidak begitu kukuh dari segi sifat semulajadi ataupun neutrality agama ini. Dengan menghormati perbezaan pendapat, namun realiti kehidupan yang mesra menolak pandangan tersebut. Ini ditambah dengan hadis-hadis yang seakan menggalakkan untuk seseorang yang berpuasa mengekalkan bau mulutnya itu adalah lemah dari segi riwayat. Tidak kukuh untuk disandarkan kepada Nabi s.a.w. seperti yang dinyatakan oleh al-Imam Al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwazi. Maka tidak boleh menjadi hujah. Apatahlagi bertentang dengan sifat Islam itu sendiri. Hadis-hadis yang menggalakkan kebersihan dan juga bersugi adalah umum merangkumi setiap waktu termasuk bulan Ramadan.

Antara hadis yang tersangat daif yang digunakan dalam bab ini ialah dikatakan Nabi s.a.w bersabda:“Jika kamu berpuasa maka bersugilah pada waktu pagi dan jangan bersugi pada waktu petang”. Ia diriwayatkan oleh al-Bazzar, at-Tabarani dan lain-lain. Namun ia terlalu daif yang tidak boleh dijadikan hujah. Di samping di sana ada hadis daif lain namun lebih kuat ataupun kurang daif daripadanya iaitu diriwayatkan ‘Amir bin Rabi’ah berkata: “Aku melihat Rasulullah bersugi sedangkan beliau berpuasa” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud dll).

Apapun galakan bersugi bagi setiap waktu solat yang diriwayatkan dalam hadis yang sahih adalah asas dalam amalan muslim. Ertinya, bersugi sentiasa digalakkan tanpa mengira samada puasa ataupun tidak. Nabi s.a.w dalam hadis sahih yang lain menyatakan tujuan bersugi dengan menyebut:“Bersugi itu membersihkan mulut dan menjadikan Tuhan redha” (Riwayat Ahmad, an-Nasai, Ibn Hibban dll).

Justeru itu, jadikanlah puasa itu menzahirkan keindahan pekerti dalam perkataan dan perbuatan yang mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat. Oleh itu, jangan jadikan bau mulut kita menimbulkan keresahan orang lain terhadap mereka yang berpuasa. Berpuasa dan bersugilah!

by - DrMAZA.com~


KESILAPAN -KESILAPAN KERAP DILAKUKAN DALAM BULAN RAMADHAN

Kesilapan-kesilapan Kerap Berlaku Dalam Bulan Ramadhan





  • Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja ( bukan kerana uzur yang diterima Islam ) .
  • Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
  • Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
  • Wanita terawih beramai-ramai di Masjid tanpa menjaga aurat.
  • Tidak memperbanyakkan berdoa tatkala berpuasa dan berbuka.
  • Makan sahur diwaktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
  • Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagaimana solat terawih.
  • Lelaki hadir ke Masjid dengan berbau busuk , perempuan pula dengan berwangian.
  • Berbuka dengan merokok atau selain makan dan minum.
  • Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
  • Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi harta haram.
  • Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa ibadat lain.
  • Menunaikan solat terawih di Masjid dengan niat ingin meriah.
  • Menganggap waktu imsak sebagai ' Lampu Merah ' bagi sahur.
  • Hadir berjemaah solat terawih tapi tidak berjemaah solat 5 waktu.
  • Tidur selepas sahur tanpa solat sunat dan tidak solat subuh berjemaah.
  • Berlebih-lebihan dengan juadah berbuka puasa.
  • Terlalu sibuk dengan persiapan raya, terutamanya 10 hari terakhir.

By: Dr. Zaharuddin Abd Rahman~


KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN




1. Dibelenggu para syaitan dan jin

Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali

“ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

3. Pintu neraka ditutup

Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga

Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

6. Dilepaskan tahanan neraka

Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah SAW bersabda: “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdoa akan dikabulkan doanya.”

7. Mendapat keampunan daripada Allah 

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“

8. Tawaran Pengampunan dosa lepas akan datang (2 tahun)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.


28 Jun 2014

NIAT PUASA DI BULAN RAMADHAN

Niat Puasa Di Bulan Ramadhan ( 1 Hari dan Sebulan )


Alhamdulillah... sekali lagi kita dipertemukan oleh-Nya pada Bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun 1435Hijrah. Bulan yang mulia, bulan yang mempunyai berbagai-bagai kelebihan berbanding bulan-bulan yang lainnya. Antaranya,  turunnya kitab suci , Al-Quran dan terdapatnya suatu malam iaitu Malam Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan. Di bulan Ramadhan ini , Allah SWT telah melipatkaligandakan pahala amal ibadat hamba-Nya. Pada Bulan ini , Allah SWT telah meWAJIBkan setiap hamba-Nya untuk melakukan Ibadat Puasa, iaitu menahan diri daripada melakukan sesuatu perkara yang membatalkan puasa (makan dan minum) di siang hari.


Di sini dikongsikan Lafaz Niat Puasa untuk ( 1 hari dan sebulan ). Majoritinya sudah ramai yang tahu niat Puasa Ramadhan ini namun mungkin ada juga yang sudah lupa akan niat berpuasa.. maklum laa.. dah 11 bulan tak niat Puasa.. Jadi bolehlah anda semua rujuk dibawah ini..

Lafaz Niat Puasa Esok Hari


Ruminya - Nawaitu souma ghodin ‘an adaa’i, fardhi syahri ramadhaana hadzihissanati lillahi ta’ala.
  Maksudnya - Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala


Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan

Rumi - Nawaitu souma syahri ramadhaana kullihi lillahi ta’ala
Maksudnya - Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Ta'ala




Juga disertakan Doa Berbuka Puasa..



# Esok . Puasa jangan tak puasa..! =)

27 Jun 2014

BULAN RAMADHAN DATANG LAGI..

RAMADHAN



Ramadhan Ramadhan  Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan
Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan  Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan  Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan  Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan  Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan .

Ramadhan Ramadhan  Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan
Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan  Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan  Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan  Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan  Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan

Ramadhan Ramadhan  Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan
Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan  Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan  Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan  Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan  Ramadhan Ramadhan Ramadhan Ramadhan....


Hehe.. Ramadhan is Coming.... tak sabarnya... ^_^..

26 Jun 2014

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2014 / 1435H

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2014/1435H Bagi Seluruh Negeri Di Malaysia



Ramadhan Al- Mubarak bertemu kembali ! Bulan yang dinantikan bagi seluruh umat Islam untuk mengejar ganjaran pahala di bulan yang penuh berkat ini. 

Jadi , disini dikongsikan waktu-waktu berbuka puasa dan juga waktu imsak sepanjang sebulan berpuasa. Jadual waktu Berbuka Puasa dan imsak ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) bagi seluruh kawasan atau daerah dalam setiap negeri di seluruh Malaysia.

Berikut senarai Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri-Negeri Seluruh Malaysia bagi tahun 2014 bersamaan 1435 Hijrah :

  1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
  2. Wilayah Persekutuan Labuan
  3. Selangor
  4. Negeri Sembilan
  5. Pahang
  6. Terengganu
  7. Kelantan
  8. Johor
  9. Melaka
  10. Kedah
  11. Perak
  12. Perlis
  13. Pulau Pinang
  14. Sarawak
  15. Sabah
  • Klik pautan diatas untuk meng-Download Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi setiap negeri masing-masing
Semoga dengan perkongsian ini , dapat menjadi panduan anda sepanjang menjalani Ibadat Puasa pada kali ini. Jangan lupa share juga kepada yang lain.

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA ( UIAM ) TERBAKAR !!!

TERKINI : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ) Terbakar

Laporan Ringkas



Petaling Jaya: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) iaitu di bahagian asrama lelaki Seksyen 16 Damansara, di sini terbakar jam 3 petang tadi.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.02 petang dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dan Seksyen 7 tiba sembilan minit kemudian.

Menurutnya, laporan awal kebakaran berlaku di ruang membasuh di tingkat satu bangunan lima tingkat apabila tilam yang berada di ruang terbabit terbakar.

“ Api berjaya dipadam jam 3.46 petang dan tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu.

“Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

cc: myMetro

p/s - Takdir yang sudah tercatat.

MANGSA KEMALANGAN DI JAMBATAN BUKIT KUANG , KEMAMAN MENINGGAL DUNIA

Mangsa Kemalangan Di Jambatan Bukit Kuang ,Kemaman  Meninggal Dunia



Mangsa kemalangan kereta yang jatuh di Jambatan bukit Kuang telah disahkan meninggal dunia pada pagi tadi di HTAA, Kuantan. Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia di hospital tersebut pada jam 8.30 pagi tadi

Pada kejadian 4.45 petang 24 Jun lalu, Kereta yang dipandu Nazlie Ali,27, dikatakan gagal dikawal selepas melalui satu selekoh di situ sebelum melanggar penghadang jambatan. Akibat dari rempuhan kuat kereta yang dipandunya itu berpusing sebelum terjatuh dari jambatan terbabit. Kereta yang dipandu mangsa jatuh pada ketinggian 15 meter.

Mangsa yang memandu bersendirian dikatakan dalam perjalanan dari arah Kuantan untuk pulang ke Kampungnya.

Sebelum ini spekulasi di laman - laman sosial yang mengatakan bahawa mangsa adalah salah seorang suspek yang dikehendaki oleh pihak polis diatas pelbagai kesalahan jenayah adalah tidak benar sama sekali. Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah , Superintendan Che Suza Che Hitam

Ketika dihubungi,beliau berkata pihaknya telah membuat semakan dan didapati mangsa tiada di dalam senarai orang yang dikehendaki

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah membuat spekulasi di laman sosial tanpa mendapat pengesahan daripada pihak yang sepatutnya.

Jenazah mangsa akan dibawa pulang ke kampung halamannya untuk dikebumikan.

Innalillahhiwainnailaihirojiun...
~AL-FATIHAH~ Semoga ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.

Info ~ Daily Traffic Report

P/s- Setiap yang hidup pasti akan merasai mati..



NYARIS MAUT KERETA DIHEMPAP BESI SHEET PILE

Kereta Dihempap Besi Pembinaan

~Update kemalangan~


Kuala Lumpur: Seorang pemandu kereta lelaki dan penumpang wanita nyaris maut selepas besi pembinaan LRT di LTS hadapan simpang glomac/ Kelana Jaya menghala ke Lebuhraya Persekutuan menghempap kereta yang dinaiki mereka, pagi tadi. Seorang mangsa cedera parah.




Kejadian berlaku kira-kira jam 9:15 pagi itu, kerja-kerja mengangkut besi Sheet Pile sedang dijalankan di tapak pembinaan sebelum terlepas dari jentera pengangkut dan terhempas kenderaan mangsa model Honda Civic.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner, Azmi Abu Kassim berkata, " siasatan awal mendapati beberapa besi daripada tiang 88 projek LRT terbabit terjatuh dan menimpa kenderaan mangsa. Selepas dihempap besi, sebuah lagi kenderaan dari arah belakang turut merempuh kereta yang dipandu mangsa."




kdt ~ myMetro
gambar~Daily Traffic REport.

25 Jun 2014

JOHOR CUTI UMUM ESOK MERAI KEMENANGAN JDT

Johor Cuti Umum Esok Selepas Kemenangan JDT 



JOHOR BHARU: Datuk Ismail Karim , Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, telah mengumumkan negeri Johor sebagai cuti umum esok (Khamis) 26/06/2014 selepas Johor Darul Ta'zim (JDT) menjuarai Liga Super 2014.


Dalam pada itu satu majlis menyambut pemain JDT akan diadakan di Stadium Larkin 8 malam esok sempena kejayaan memenangi Liga Super 2014.

Pemain JDT dijangka tiba di Tol Skudai jam 7 petang esok dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan seterusnya akan menaiki bas tidak berbumbung bermula di Tol Skudai dan terus ke Tol Kempas.

Seterusnya bas berkenaan akan bergerak EDL mengelilingi Bandaraya Johor Bahru sebelum terus ke stadium.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, ia bertujuan meraikan kejayaan JDT meraih gelaran juara Liga Super sebentar tadi yang menundukkan Sarawak 1-0 di Stadium Negeri Kuching.


cc: myMetro

P/s- Seronok laa.. orang Johor..

JDT BERGELAR JUARA LIGA SUPER 2014

JDT Juara Liga Super 2014 (MSL )


Rangkuman Perlawanan terakhir Liga Super 2014

Pasukan JDT meraikan kemenangan selepas tamat perlawanan menentang Sarawak

Berlabuh sudah tirai Liga Super bagi musim 2014.Seperti yang diramalkan, Johor Darul Takzim ( JDT ) telah berjaya menjuarai Piala Liga Super 2014 dengan kekal ditangga teratas menewaskan Selangor , pesaing terdekat . JDT menjulang trofi Liga Super buat pertama kalinya selepas menamatkan 22 perlawanan musim ini dengan hasil kutipan mata sebanyak 44 mata , selepas menewaskan Sarawak 1 - 0 hasil jaringan tunggal pemain import mereka di Stadium Negeri Sarawak.

Sementara itu, Selangor menamatkan saingan di kedudukan kedua apabila mengutip 41 mata, selepas sekadar terikat kedudukan 2-2 dengan PKNS dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam.


Carta kedudukan Liga Super 2014
Manakala Pahang kekal berada di kedudukan ketiga dengan 37 mata, apabila Perak membuat kejutan besar dengan jaringan 3-0, sekaligus masih kekal melayakkan diri di Kejuaraan Liga ini. Sementara itu , Terengganu juga melakukan kejutan apabila menjaringkan 3 gol selepas ketinggalan 2 gol di babak pertama menentang kelantan di Kota Bharu, Kelantan. Jaringan menerusi pemain tempatan mereka iaitu Abdul Manaf Mamat ( double ) dan Norfarhan.

Pada aksi yang berlangsung di Kuching, JDT dilihat lebih berhak untuk memenangi perlawanan biarpun berdepan tentangan sengit daripada Sarawak.

Di minit ke-7, tonggak import JDT Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa mempamerkan corak permainan satu dua yang menarik, sebelum penjaga gol Sarawak Sani Anuar Kamsani menangkap kemas bola di kaki Diaz.

Di minit ke-16 pula, Nazrin Nawi melakukan percubaan baik yang hanya sedikit tersasar, biarpun dia turut berpeluang untuk menghantar bola ke depan gawang Sarawak.

Ryan Griffiths mempunyai idea yang bijak pada minit ke-24 apabila dia melakukan lambungan jauh pada ketika dia melihat penjaga gol JDT, Al-Hafiz Hamzah naik keatas. Bagaimanapun, sepakan tersebut tersasar melewati palang gol.

S. Chanturu berjaya melarikan bola dan melepasi halangan Daudsu Jamaluddin di minit ke-34, sebelum dia melakukan hantaran ke depan gawang gol, namun tiada pemain Sarawak yang berada di kedudukan terbaik untuk melakukan penyudah.

Bebanan jentera serangan JDT untuk mencari gol begitu dirasai apabila barisan pertahanan Sarawak menunjukkan disiplin yang baik untuk menghalang setiap asakan.

Di babak kedua perlawanan, Ashri Chuchu mempunyai peluang berharga untuk melakukan jaringan selepas menerima hantaran ketika dia tidak dikawal di depan gol di minit ke-53, namun sentuhan pertamannya membuatkan bola hilang dari kawalan sebelum mudah dikeluarkan pemain lawan.

Jurulatih JDT, Bojan Hodak membuat pertukaran drastik di bahagian sayapnya dengan memasukkan Norshahrul Idlan Talaha dan mengeluarkan Mahali Jasuli, sementara Nazrin Nawi digantikan dengan Amri Yahyah.

Di minit ke-66, Diaz muncul menghadiahkan gol buat JDT apabila dia tenang menewaskan Sani dengan sentuhan mudah, selepas tandukan sipi Figueroa jatuh ke kakinya.

Di minit ke-76, Mafry Balang berjaya melepaskan diri dari tiga pertahanan lawan dan melakukan rembatan dari luar kotak penalti, bagaimanapun, Al-Hafiz dilihat lebih bersedia untuk menangkap kemas.

Kedudukan 1-0 itu kekal hingga ke wisel penamat.

Dalam pada itu, T-Team dan PKNS jatuh di Liga Perdana pada musim hadapan apabila berada di kelompok dua terbawah Liga Super 2014. Dan dua slot itu akan diisi oleh juara Liga Perdana 2014, PDRM dan Felda United.



KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 2014 { Perlawanan Terakhir }

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 2014 { Perlawanan Terakhir }



LIGA SUPER 2014

SARAWAK 0-1 JOHOR DARUL TAKZIM
# 66' JORGE PEREYRA DIAZ

PKNS 2-2 SELANGOR
22', 68' PAULO RANGEL (SEL)
66' PATRICK RONALDINHO (PKNS)
82' (PENALTI) KIM DONGCHEN (PKNS)

KELANTAN 2-3 TERENGGANU
4' AHMAD FAKRI SAARANI (KEL)
27' MOHD KHAIRUL IZUAN ROSLI (KEL)
74', 79' ABDUL MANAF MAMAT(TER)
81' NOR FARHAN (TER)

T-TEAM 0-1 LIONSXII 
66' FARIS RAMLI

PERAK 3-0 PAHANG 
22', 24' MILAN PUROVIC
68' ABDULAFEES ABDULSALAM

ATM 1-1 SIME DARBY
33' BRUNO SEBASTIAN MARTELOTTO (ATM)
50' MAHMOUD AMNA (SDA)

Gambar ~ Artortoise

JDT dinobatkan sebagai Juara Liga Super 2014 selepas mengalahkan Sarawak dalam perlawanan terakhir kejuaraan liga ini. JDT menjadi Juara Liga Super buat pertama kalinya sejak penubuhannya dengan kelebihan jarak mata dihadapan Selangor. Dengan kemenangan itu, JDT sekaligus telah melayakkan diri ke AFC 2015 sebagai wakil Malaysia bersama Pahang FA.


P/s - Tahniah diucapkan buat JDT kerana telah menjadi Juara Liga Super 2014...

PIALA DUNIA : [ OBAMA BERMAIN UNTUK ENGLAND ]

PIALA DUNIA : OBAMA BERMAIN UNTUK ENGLAND

Obama mewakili skuad pasukan England dalam acara bola sepak Piala Dunia??? Biar betul... ? Jom baca !

Sebuah syarikat pengeluar cenderamata di London (dirahsiakan ) telah mengeluarkan produk keluaran ekslusif sempena acara bola sepak piala dunia 2014 dalam bentuk ' mug ' lebih 2,000. Namun, mereka telah melakukan kesilapan begitu dangkal sekali apabila mereka gagal membezakan wajah antara Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dengan dengan pemain England, iaitu Chris Smalling.

Menyedari kesilapan yang memalukan itu, mereka terpaksa menarik semula penjualan mug itu dan menghantar stok itu ke syarikat jualan gudang dan penghabisan stok di Britain bagi menyembunyikan kesilapan mereka. Impak daripada kesilapan yang tidak masuk akal itu syarikat tersebut menerima kutukkan oleh peminat bola sepak England kerana gagal mengenali pemimpin nombor satu dunia itu.


Gambar  kecuaian mencetak wajah Barrack Obama bertukar dengan Chris Smalling pada mug cenderahati pasukan England.


Mug dengan berwajah Obama dalam satu set  mengikut kesebelasan utama, disusun mengikut posisi pemain.
Kesilapan dangkal dan tidak masuk akal sebegini pasti akan merosakkan nama baik dan reputasi syarikat tersebut apabila sudah tersebar meluas.

p/s - Adoiii.... macam-macam... gambar obama pun tak tahu nak beza.. Fail..!

24 Jun 2014

KERETA JATUH DI JAMBATAN BUKIT KUANG KEMAMAN

KERETA JATUH DI JAMBATAN BUKIT KUANG , KEMAMAN ( GAMBAR )

Laporan Ringkas

Sebuah kereta model Satria Neo telah terbabas jatuh di jambatan Bukit Kuang, Kemaman pada petang ini (24/ 6/2014). Mangsa , Azlie Ali, 27, yang berasal dari Kampung Padang Marang, Merchang, Marang patah tangan kiri dan cedera di kepala dalam kemalangan di Kilometer 149 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan yang berlaku kira-kira jam 4.45 petang.  Lihat gambar~







Mangsa dikatakan gagal mengawal kenderaannya selepas melalui satu selekoh di situ dan berpusing sebelum melanggar penghadang jambatan lalu terjunam dari jambatan itu setinggi 15 meter. Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan.

photo ~ DAily TRaffic REport

SERUNDING DAGING

SERUNDING DAGING


BAHAN-BAHAN: 
- 500 gm daging- direbus dan disiat halus
- 100 gm serbuk kari
- 50 gm jintan manis
- 50 gm jintan putih
- 50 gm serbuk ketumbar
- 100 gm cili kering yang telah dikisar
- 200 ml santan
- 250 ml minyak masak
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR:
3 cm lengkuas
- 3 cm halia
- 100 gm bawang merah
- 60 gm bawang putih
- 5 batang serai
- 60 gm kunyit hidup

CARA MEMASAK:
1. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga garing.
2. Kemudian masukkan cili kering, serbuk kari, jintan manis, jintan putih dan ketumbar.
3. Setelah garing, masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih.
4. Kemudian masukkan daging yang telah disiat-siat tadi bersama dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masak sehingga kering menggunakan api yang perlahan dan sedia untuk dihidang.

CADANGAN MENU BERBUKA PUASA

CADANGAN MENU BERBUKA PUASA ( Ringkas )

1. Nehari (Kari Kambing Kashmir)
2. Ikan 3 rasa
3. Ikan Pari Lemas
4. Tom Yam
5. Mee Rebus



1. NEHARI ( KARI KAMBING KASHMIR )

BAHAN-BAHAN:
- 1 camca besar garam masala
- 4 ulas bawang putih dicincang halus
- 2 cm halia dicincang halus sedikit garam
- 2 camca kecil serbuk cili
- 1 camca besar serbuk ketumbar
- 1/2 camca kecil serbuk buah pala
- 1 camca besar serbuk jintan kasar
- 1 camca besar paparika
- 4 labu bawang besar dihiris nipis
- 1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki )
- 150ml Tairu
- 2 camca besar tomato puri
- 1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin
- 1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus
- 2 biji cili hijau dihiris
- Minyak Vesawit untuk menggoreng
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit.
3. Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau.




2. IKAN 3 RASA

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap / kerapu
- sedikit bawang putih (ditumbuk)
- 1 inci halia
- 2 biji tomato (agak masak)
- 6 biji cili merah
- 10 biji cili padi
- 2 sudu sos tiram
- 2 sudu sos cili
- 1 sudu sos tomato
- sedikit gula, garam
  ( Dikisar)

CARA MEMASAK:
1. Goreng ikan seperti biasa ( garing / separuh garing @terpulang). Toskan minyak.Ketepikan.
2. Tumis bawang putih (naik bau) tambah bahan yang dikisar
3. Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air
4. Tuang atas ikan.




3. IKAN PARI LEMAS

BAHAN  A:
- 1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar) di basuh bersih.
- sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu.
- letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan)

BAHAN  B:
- 5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang
- 2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus
- 2 batang serai di mayang halus
- 1 helai daun limau purut (dikoyak)
- 25 biji cili padi di mayang halus
- halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang
- 1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus
- 3 sudu besar minyak masak
- 2 sudu besar sos minyak ikan
- sedikit ajinamoto
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/4 sudu kecil gula

BAHAN  C:
- 10 biji limau kasturi

CARA MEMASAK:

1. Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15 minit supaya ia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. Selepas itu kukus/bakar selama 20 minit...





4. TOM YAM

BAHAN-BAHAN:
- Ayam - 1/4 ekor (dipotong kecil)
- Daging - 250 gm (dipotong kecil)
- Udang - terpulang pada tukang masak

Bahan A:
- Halia (kisar)
- 3 inci Bawang merah
- 6 ulas Cili api

Lain-lain Bahan:
- Minyak masak - 1/5 cawan
- Serai - 6 batang serai (diketuk) 
- Lobak merah - 2 btg (dipotong)
- Bunga kubis - 150 gram
- Putik jagung - 2 bungkus
- Tomato - 3 biji (potong 4)
- Bawang besar - 3 biji (potong 4)
- Daun limau purut - 3 atau 4 helai
- Limau nipis - (air perahan)
- Batang saleri - 2/3 batang
- Sos ikan - dalam 1 atau 2 sudu
- Air
- Garam

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A).
2. Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu !
4. Ditambah, hanya utk empuk kan daging.
5. Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air itu... 1 1/2 kali ganda dari bahan-bahan yang ada di dalam periuk itu.
6. Masukkan udang (jika mahu). Masak lagi hingga air mendidih.
7. Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya - mungkin anda telah berpuas hati).
8. Masukkan juga... tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mendidih dan tutupkan api.
9. Akhir sekali masukkan perahan air limau.... Seimbangkan rasa masin dan masam. Siap.....



5. MEE REBUS

BAHAN-BAHAN:
- 1 paket mee kuning (celur)
Bahan sayuran:
- Taugeh - celur
- Sedikit daun sup - hiris nipis
- Sedikit daun bawang - hiris nipis
- Bawang goreng
- 4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
- 5 biji Cili hijau - dihiris nipis
- Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
- Telur rebus - belah dua
Bahan-bahan kuah:
- Sedikit minyak untuk menumis
- 4 sudu cili kering yang di kisar
- 3 biji bawang merah - kisar
- 3 sudu lengkuas yang di kisar
- 4 batang serai dikisar halus
- 2 biji bawang putih - kisar
- udang kering - kisar 
- 300gm udang mentah - direbus dan kisar halus
- 1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
- 3 sudu gula atau secukup rasa
- garam secukup rasa
- Sedikit ajinomoto
- 4 sudu sos tomato
- Air 

CARA MEMASAK:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
2. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.
4. Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan...

CADANGAN MENU BERBUKA PUASA

CADANGAN MENU BERBUKA PUASA ( Ringkas )

1. Ayam Masak Cendawan Ala Cina
2. Pajeri Nenas
3. Mee Hailam
4. Ketam Bertelur
5. Ayam Kepak Masak Minyak Bijan


1 - AYAM MASAK CENDAWAN ALA CINA

BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam
- 8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam
- 1 inci halia - dihiris
- 1 biji bawang besar - dihiris
- 6 ulas bawang putih - dicincang
- 4 ~ 5 tangkai cili padi
- Sedikit kicap lemak manis
- Sedikit sos tiram

CARA MEMASAK:
1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil-kecil. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong (memanjang).
2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau.
5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).



2 - PAJERI NENAS

BAHAN-BAHAN:
- Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga ( Rempah tumis )
- Sedikit serbuk kunyit
- 4 biji bawang merah ]
- 2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang
- Biji sawi
- gula sikit
- garam secukup rasa
- Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus)
- Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air

CARA MEMASAK:
1. Tumiskan bahan-bahan untuk rempah tumis tadi , masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukkan serbuk kunyit.
2. Kemudian masuk nenas yang sudah siap toskan, gula sikit dan garam secukup rasa.
3. Selepas itu masukkan pula lada dan biji sawi ( Jangan sampai lunyai )



3 - MEE HAILAM

BAHAN-BAHAN:
- 1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
- 6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
- rencah ayam/udang/sotong
- sos tiram
- garam secukup rasa
- 6 biji cili api
- 3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
- sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)

CARA MEMASAK:
1. Tumiskan bawang putih dan cili api.
2. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
3. Masukkan sos tiram setengah botol kecil.
4. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.

5. Masukkan sayur-sayuran dan mee.



4 - KETAM BERTELUR

BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua.
- 3 sudu sos tiram
- 3 sudu sos cili
- 3 sudu cili yang dah diblend
- 7 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih yang agak besar
- sepotong halia
- sebiji telur
- garam
- sedikit gula
- sedikit minyak untuk menumis
- bawang besar

CARA MEMASAK:
1. Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya
2. Masukkan secawan air
3. MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit
4. Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa
5. Bila semua sudah nampak sebati, masukkan telur yang telah dipukul,

6. Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul.



5 - AYAM KEPAK MASAK MINYAK BIJAN

BAHAN-BAHAN:
- Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah
- Sesame oil/Minyak bijan
- Serbuk lada hitam
- Fish sauce/Sos ikan
- Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2)
- Sos tiram

CARA MEMASAK:
1. Sapukan ketul-ketul ayam dengan minyak bijan, sos tiram, sos ikan (secukup-cukupnya). Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lebih kurang 1 jam.
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan).

3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi.


CADANGAN MENU BERBUKA PUASA

CADANGAN MENU BERBUKA PUASA ( Ringkas )

1. Ayam Panggang Bermadu
2. Udang Masak Serai Wangi
3. Ikan Siakap Kukus
4. Ikan Masak Berlada
5. Ikan Kerapu Masak Asam Manis


1 - AYAM PANGGANG BERMADU

BAHAN-BAHAN:
- 1kg kepak ayam
- 1 senduk besar minyak bijan
- 2 senduk besar madu (kalau suka manis, tambahkan lagi )
- sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi)
- sedikit garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, bolehlah dipanggang ayam tersebut.




2 - UDANG MASAK SERAI WANGI

BAHAN-BAHAN:
- 600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
- 4 batang serai
- 100 gm cili kering
- 100 gm bawang merah
- 100 gm cili merah
- 70 gm bawang putih
- 70 gm halia muda
- 3 sudu besar pati asam jawa
- 30 gm belacan bakar
- 100 gm pati santan
- Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
4. Masukkan pati santan dan udang.
5. Masak hingga naik bau.



3 - IKAN SIAKAP KUKUS

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap sederhana besar
- 3 sudu besar sos tiram
- 2 susu besar sos cili
- 2 susu besar sos tomato
- 1 sudu gula
- 4cm halia - dimayang
- 3 ulas bawang putih - dimayang
- 3 ulas bawang besar - dimayang
- 3 tangkai daun sup(saderi)
- 1/2 biji limau nipis
- garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis).
2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi.
3. Tuang ketiga-tiga sos tadi.
4. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.



4 - IKAN MASAK BERLADA

BAHAN-BAHAN:

- 3 ~ 4 ekor ikan sembilang
- 10 biji cili merah - dikisar
- 2 batang serai - dititik
- 1 ulas bawang besar - dimayang kasar
- 2 ulas bawang putih - ditumbuk
- 1 inci halia - ditumbuk
- air limau kasturi
- sedikit garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak.
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu.
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan.



5 - IKAN KERAPU MASAK ASAM MANIS

BAHAN-BAHAN A :
- 1 ekor ikan kerapu
- 120gram tepung jagung
- 1 biji telur ayam
- Sedikit minyak (untuk goreng)
- Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN B :
- 5 ulas bawang merah - dikisar
- 5 ulas bawang putih - dikisar
- 3cm halia
- 1 batang serai - dititik
- 1 helai daun pandan
- 3 sudu cili sos
- 1 sudu cili giling
- Sedikit kunyit hidup
- 3 sudu tomato sos
- 3 cawan air
- Sedikit cuka masak
- Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan bahan-bahan A dan goreng hingga ranggup.
2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik.
3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.
Untuk hiasan:
- Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.

23 Jun 2014

MUTIARA DOA

MUTIARA DOA

~ Doa memohon rezeki
~ Doa memohon dilancarkan lisan dalam berbicara
~ Doa mohon agar diri dan keturunan dijadikan orang yg tetap mendirikan solat
~ Doa mohon keampunan atas kesalahan meminta sesuatu yg tidak diketahui hakikatnya
~ Doa mohon diberi keputusan yg baik 
~ Doa apabila berada dlm keadaan kesusahan dan penderitaan
~ Doa mohon diberi kesabaran 
~ Doa melihat sesuatu yg disukai
~ Doa mohon ketetapan iman
~ Doa mohon dijauhkan drpd bencana & musibah
~ Doa mohon anugerah keturunan yg baik
~ Doa mohon anugerah isteri dan keturunan yg menyenangkan hati.




1 - Doa Mohon Rezeki 
    - " Ya Tuhan kami , turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit ( yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami iaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau , berikanlah rezeki kami dan Engkaulah pemberi rezeki yang paling utama." ( Surah al- Maidah-ayat 114 )

2 - Doa Mohon Dilancarkan Lisan Dalam Berbicara
    - " Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka memahami perkataanku."

3 - Doa Mohon Agar Diri & Keturunan Dijadikan Orang Tetap Mendirikan Solat
    - " Ya Tuhanku , jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, Ya Tuhan kami , perkenankanlah doaku." ( Surah Ibrahim-ayat 40 )

4 - Doa Mohon Keampunan atas Kesalahan Meminta Sesuatu Yang Tidak Diketahui Keadaannya
    - " Nuh berkata : " Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dan memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui hakikatnya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku , dan ( tidak ) menaruh belas kasihan kepadaku , nescaya aku akan termasuk orang-orang yang rugi." ( Surah Hud-ayat 47 )

5 - Doa Memohon Diberi Keputusan Yang Baik
     - " Pengetahuan Tuhan kami , meliputin segala-galanya. Kepada Allah sajalah kami bertawakal. Ya Tuhan kami ,  berikanlah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak ( adil ) dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya." ( Surah al- A'raaf ayat 89 )

6 - Doa Apabila Berada Dalam Keadaan Kesusahan dan Penderitaan
     - " Allah , Dialah Allah Tuhanku , aku tidak menyekutui-Nya dengan sesuatu pun. Tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Engkau jua. Maha Suci Allah sesungguhnya aku adalah orang yang menzalimi diri sendiri."

7 - Doa Mohon Kesabaran
     - " Ya Tuhan kami , limpahkanlah kesabaran atas diri kami dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang yang kafir." ( Surah al-Baqarah ayat 250 )

8 - Doa Apabila Melihat Sesuatu Yang Disukai
     - " Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya sempurnalah segala amalan yang baik."

9 - Doa Mohon Ketetapan Iman
     - " Wahai Tuhanku , berikanlah kepadaku iman yang kuat dan keyakinan yang tidak lagi di pengaruhi kekufuran dan berikanlah kepadaku rahmat yang dengan dia aku mencapai kemuliaan daripada kemuliaan-Mu di dunia dan akhirat."

10 - Doa Mohon Dijauhkan daripada Bencana
       - " Dan peliharalah mereka daripada ( balasan ) kejahatan dan orang-orang yang Engkau pelihara daripada ( pembalasan ) kejahatan pada hari itu, maka sesungguhnya Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar." ( Surah al- Mukmin ayat 9 )

11 - Doa Mohon Anugerah Keturunan & Waris Yang Baik
       - " Ya Tuhanku , janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah pewaris yang paling baik." ( Surah al-Anbiya'. ayat 189 )

12 - Doa Mohon Anugerah Isteri & Keturunan Yang Menyenangkan Hati
       - " Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami , dan jadikanlah kami iman bagi orang-orang yang bertakwal." ( Surah al Furqan ayat 74 ).


8 Jun 2014

7 HAIWAN TERANCAM KEPUPUSAN AKIBAT KERAKUSAN MANUSIA

7 Haiwan Yang Terancam Kepupusan Akibat Kerakusan Manusia



1- ORTOLAN :
Ortolan (Emberiza hortulana) adalah burung bersuara merdu yang boleh didapati di seluruh Eropah. Di Perancis yang mempunyai salah satu habitat Ortolan terbesar, burung kecil ini dimakan hidup-hidup.

Ribuan burung Ortolan dibunuh secara haram setiap tahun demi memuaskan hasrat para pencinta kuliner dan mendapat keuntungan. Pertubuhan Kebangsaan Pemuliharaan Alam (IUCN) menganggarkan jumlah spesies ini sudah berkurang 30% selama satu dekad terakhir.


2- PENYU LAUT HIJAU :
Penyu laut hijau (Chelonia mydas) adalah makanan di negara Kepulauan Cayman. Penduduknya boleh mengambil dan menternak haiwan tersebut, tetapi import, jualan, dan pengangkutannya di Amerika Syarikat dilarang.


Penduduk tempatan mungkin bergantung pada daging penyu untuk mencari nafkah dan untuk alasan budaya. Namun, pengurangan jumlah penyu dan keadaan ladang  satu-satunya di Kepulauan Cayman yang banyak diprotes membuat para pelancong sebaiknya mengelakkan penggunaan haiwan yang diancam kepupusan ini.


3- TENGGILING :
Trenggiling (Pholidota), haiwan mirip seperti cicak tetapi tubuhnya seperti bersalut plat baja, yang menjadi santapan masyarakat China. Haiwan ini pemalu, penyendiri, dan bekerja di waktu malam sehingga sukar untuk menganggarkan jumlah populasinya. 

Namun, rangkaian perdagangan haiwan liar ,TRAFFIC melaporkan bahawa permintaan tinggi daging tenggiling telah banyak mengurangkan populasinya. Malah,China kini menembusi pasaran tenggiling Afrika untuk memenuhi permintaan pasaran Asia.


4- ECHIDNA
Echidna Barat bermuncung panjang (Zaglossus bruijni) adalah satu daripada hanya dua mamalia di dunia yang bertelur selain platypus. Haiwan asli Papua New Guinea inipun menjadi kunci memahami evolusi mamalia. Malangnya, haiwan tersebut diancam kepupusan kerana pemburuan manusia.

Kerajaan Papua melarang memburu echidna komersil namun masih membenarkan memburu tradisional. Kini haiwan ini sangat jarang ditemui di Papua. Walaubagaimanapun,  program pembiakan sedang dilakukan di negara lain untuk menjamin kewujudan spesies ini.


5- KATAK PARIT RAKSASA
Daging amfibia besar (Leptodactylus fallax) ini popular di restoran-restoran Caribbean. Namun, penduduk berkurang 80% selama 10 tahun terakhir. 

Menurut IUCN, sejak 2002 36.000 ekor katak jenis ini dibunuh setiap tahun. Haiwan tersebut menganggarkan kini haiwan yang digolongkan terancam tersebut hanya tinggal 8,000 ekor.


6- GORILA:
Gorila kian mengancam kepupusan kerana dianggarkan setiap tahun 400 ekor gorila dibunuh demi kepentingan manusia. Di bandar seperti Pointe Noire, Republik Congo, daging gorila dijual secara terbuka namun haram di pasaran. Dengan tahap pembiakan gorila yang rendah, memburu sedikit saja boleh membahayakan populasinya.


7- SALAMANDER :
Salamander raksasa (Andrias davidianus) adalah spesies amfibia terbesar, tinggal di tasik dan sungai di selatan Tiongkok, China. Haiwan ini diperdagangkan sebagai makanan dengan harga US$1.000. Selama 30 tahun terakhir, perburuan salamander jenis ini mengurangi populasinya sebanyak 80% sampai dikatogerikan terancam kepupusan oleh IUCN.

Tidak hanya mengancam populasinya, perburuan besar-besaran juga lambatkan pertumbuhan salamander. Para ilmuwan yakin bahwa para pemburu memilih salamander yang besar, haiwan ini tidak lagi membesar lebih dari 1,8 meter panjangnya.