18 Jul 2014

KOMANDER DONETSK PEOPLE'S ARMY DALANG TRAGEDI MH17 ?

Komander Donetsk People's Army Dalang Tragedi MH17 ?



"Kami sudah beri amaran-jangan terbang di laluan udara kami". Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh seorang Komander Kumpulan pemberontak Ukraine pro-Rusia, Donetsk People's Army, Igor Girkin melalui akaun laman sosialnya VK.com iaitu Facebook versi Rusia.

Igor yang mahu dikenali sebagai Strelkov berkata, kumpulannya mendakwa telah menembak jatuh sebuah pesawat pengangkutan tentera yang mana ia sebenarnya sebuah pesawat komersial yang membawa 298 penumpang termasuk krew kapal terbang menuju ke Kuala Lumpur.

"Pesawat itu baru saja dijatuhkan sekitar Torez (Donetsk Oblast). Ia di sana sekarang di belakang Progress Mine,” katanya seperti yang dipetik melalui sebuah portal.

Stelkov dan kumpulannya, Donetsk People's Army, dipercayai tersalah tembak pesawat itu yang disangka mereka milik tentera Ukraine.

Pada 29 Jun lalu, dalam satu laporan yang disiar olek Kyiv Post, kumpulan terbabit mengumumkan bahawa mereka telah berjaya mengambil alih satu kem tentera Ukraine di mana peluru berpandu Buk milik tentera Ukraine yang menjadi simpanan tentera turut dirampas semasa proses pengambilalihan tersebut berlaku.

Setakat ini, tiada pihak tampil untuk mengesahkan mengenai jumlah peluru berpandu tersebut yang dirampas oleh kumpulan tersebut

SENARAI PENUMPANG PESAWAT MH17

Senarai Penumpang Pesawat MH17


Senarai secara ringkasnya penumpang dan kru penerbangan MH17 mengikut negara adalah seperti berikut :

1. NETHERLANDS : 143
2. AUSTRALIA : 27
3. MALAYSIA : 20
4. INDONESIA : 11
5. UK : 6
6. JERMAN : 4
7. BELGIUM : 3
8. FILIPINA : 3
9. KANADA : 1
10. UNITED STATE : 23
11. BELUM DIKENALPASTI : 39

JUMLAH PENUMPANG : 280
JURUTERBANG :
KABIN KREW : 11 WARGANEGARA MALAYSIA.

JUMLAH KESELURUHAN PENUMPANG DAN KREW : 295 ORANG

NENEK TIRI NAJIB ANTARA MANGSA NAHAS PESAWAT MH17

Nenek Tiri Najib Antara Mangsa Nahas Pesawat MH17


Nenek ditiri Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. dikenal pasti antara mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat penerbangan Malaysia  MH17 . Pesawat itu telah ditembak jatuh oleh kumpulan pemberontak Ukraine yang meragut nyawa kesemua penumpang iaitu 295 orang.

Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma antara 43 penumpang rakyat Malaysia yang dipercayai terbunuh dalam tragedi itu . Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma adalah isteri kedua kepada Tan Sri Mohd Noah yang juga datuk kepada Najib dan Hishammuddin.

Mohd Noah adalah bapa kepada ibu Najib, Tun Raha dan ibu Hishammuddin, Tun Suhaila. Mohd Noah yang juga datuk kepada kedua-dua pemimpin negara itu meninggal dunia pada 1990.

Siti Amirah, 83, dalam perjalanan sendirian ke Jogjakarta, Indonesia untuk menyambut Aidilfitri di kampung halamannya.

"Beliau seorang wanita yang baik hati dan cantik. Beliau juga suri rumah yang menjaga datuk saya dengan baik. Kami memanggilnya 'ibu'," kata jurucakap keluarga itu, Datuk Dr Faridah Abdullah pada Jumaat.

Dr Faridah, yang juga Pengerusi Yayasan Mohammad Noah berkata, Siti bercuti ke Amsterdam bersama anaknya dari perkahwinannya yang pertama.

Tambah beliau lagi, anak Siti sepatutnya bersama ibunya, bagaimanapun gagal mendapat tiket untuk penerbangan sama.

"Beliau ada keluarga sendiri di Amsterdam dan sering berulang alik ke sana dan ada kalanya melawat negara ini kerana menyayangi Malaysia," kata Dr Faridah.

~ mStar ~

SENARAI NAMA ANAK KAPAL PESAWAT MH17 YANG TERBUNUH

Senarai Nama Anak Kapal Pesawat MH17 Yang Terbunuh



Tragedi pesawat penerbangan " Malaysia Airlines " MH17 yang terhempas akibat ditembak oleh kumpulan militan telah meragut nyawa kesemua penumpangnya. Penerbangan pesawat MH17 boeing 777 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur tidak kesampaian apabila terhempas di antara sempadan Ukraine dan Russia. Tragedi ngeri itu melibatkan 295 orang terbunuh yang mana 15 darinya kru penerbangan pesawat tersebut.

Al Fatihah dan takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi ini. Kesedihan ini turut dirasai seluruh rakyat Malaysia. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang di alam sana.

Berikut adalah senarai-senarai kru pesawat MH17 berdasarkan gambar screen di atas:

1. WAN AMRAN BIN WAN HUSSIN - LELAKI / MALAYSIA

2. CHOO JIN LEONG EUGENE - LELAKI / MALAYSIA

3. AHMAD HAKIMI BIN HANAPI - LELAKI / MALAYSIA

4. MUHAMAD FIRDAUS BIN ABDUL RAHIM - LELAKI / MALAYSIA

5. MOHD GHAFAR BIN ABU BAKAR - LELAKI / MALAYSIA

6. DORA SHAHILA BINTI KASSIM - PEREMPUAN / MALAYSIA

7. AZRINA BINTI YAKOB - PEREMPUAN / MALAYSIA

8. LEE HUI PIN - PEREMPUAN / MALAYSIA

9. MASTURA BINTI MUSTAFA - PEREMPUAN / MALAYSIA

10. CHONG YEE PEHNG - PEREMPUAN / MALAYSIA

11. SHAIKH MOHD NOOR BIN MAHMOOD - LELAKI / MALAYSIA

12. SANJID SINGH SANDHU - LELAKI / MALAYSIA

13. NAMFAZLIN SHAM BINTI MOHAMED ARIFIN - PEREMPUAN / MALAYSIA

14. NUR SHAZANA BINTI MOHAMED SALLEH - PEREMPUAN / MALAYSIA

15. ANGELINE PREMILA RAJANDARAN - PEREMPUAN / MALAYSIA

Ini pula video dilokasi terhempasnya Pesawat Malaysia Airlines MH17.


GAMBAR-GAMBAR PESAWAT BOEING 777 MH17 TERHEMPAS

Gambar -gambar Pesawat Boeing 777 MH17 Terhempas

Setiap keping Gambar yang menyimpan seribu cerita..






















SEMUA PENUMPANG PESAWAT MH17 TERBUNUH

Semua Penumpang Pesawat MH17 Terbunuh



Pesawat penumpang MAS MH17 dipercayai ditembak jatuh di sempadan Ukraine - Russia. Mengikut Kementerian Dalam Negeri Ukraine, kesemua anak kapal dan penumpang terbunuh iaitu seramai 295 orang.

Penerbangan pesawat MH17, yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal, terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur selepas berlepas pada waktu makan tengahari hari ini.

Agensi berita Interfax melaporkan bahawa pesawat itu hilang berhampiran Donetsk, di mana pemberontak pro-Rusia telah berjuang Ukraine tentera kerajaan.

Saksi-saksi berkata bahagian badan bertaburan dari suatu jarak 15 km, menunjukkan pesawat berpecah pada pertengahan udara.

Dipercayai pesawat MH17 ditembak di permukaan udara dengan peluru berpandu di 33,000 kaki kira-kira 20 kilometer sebelum memasuki ruang udara Rusia oleh puak militan.Pakar Pertahanan Ukraine telah menyatakan kebimbangannya terhadap serang ke atas pesawat awam oleh kumpulan militan ini.

Presiden Russia , Vladimir Putin menghubungi  Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bahawa kapal terbang Malaysia terhempas di wilayah Ukraine, kata Kremlin. 

Kedua-dua pemimpin itu mengadakan panggilan pra-dirancang mengenai keadaan di Ukraine di mana maklumat boleh didapati daripada menjadi pengawal trafik udara mengenai ttagedi ini.

Manakal , Presiden Ukraine Petro Poroshenko berkata angkatan tentera negaranya tidak menembak di mana-mana sasaran di udara. 

Kami tidak menafikan bahawa pesawat ini telah ditembak jatuh, dan kami tegaskan bahawa Angkatan Tentera Ukraine tidak mengambil tindakan terhadap mana-mana sasaran di udara, "katanya. 
Kami yakin bahawa orang-orang yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab.' 
~ Laporan dipetik oleh Dailymail~

PESAWAT MH17 DIPERCAYAI DITEMBAK JATUH

Pesawat MH17 Dipercayai Ditembak Jatuh


Pesawat penumpang boeing 777 " Malaysia Airlines MH17 " yang membawa penumpang seramai 295 orang yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh.

Perkara ini dilaporkan oleh Interfaz yang mengatakan pesawat terbabit dipercayai ditembak jatuh pada ketinggian 10,000 meter. Menurut seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine, pesawat itu dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu Buk.

Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashenko, berkata di laman Facebooknya, pesawat itu terbang pada ketinggian 10,000 meter apabila ia ditembak dengan peluru berpandu daripada pelancar roket Buk.

Pelancar serupa dilihat oleh wartawan Associated Press berhampiran bandar Snizhne di timur Ukraine, awal Khamis lalu.

Berhubung perkara itu , Malaysia Airlines mengesahkan telah terputus hubungan dengan penerbangan MH17 dari Amsterdam dan lokasi terakhir pesawat itu adalah di ruang udara Ukraine.

~myMetro~

TERKINI : PESAWAT MALAYSIA AIRLINES MH17 TERHEMPAS DI UKRAINE BERHAMPIRAN RUSSIA

TERKINI : Pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas di Ukraine


Berita lewat malam, terkini sebuah pesawat penerbangan Malaysia " Malaysia Airlines MH17 " dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran dengan sempadan Russia.

Perkara ini dilaporkan oleh media barat berkenaan pesawat penumpang Malaysia yang dinaiki 295 orang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Memetik laporan Reuters, perkara itu mula dilaporkan agensi berita Interfax yang memetik sumber industri penerbangan.

Laporan itu berkata, pesawat Boeing berkenaan berlepas dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur.

Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan laporan Interfax itu lagi.

Sementara itu, syarikat penerbangan MAS dalam satu kenyataan ringkasnya mengesahkan pihaknya telah terputus hubungan dengan MH17 yang dalam penerbangan dari Amsterdam.

"Kedudukannya yang terakhir dilaporkan berada di ruang udara Ukraine.

(Laporan ringkas) ~ Sinar Online

17 Jul 2014

VIDEO PARODY TERBAIK 2014

Video Parody Terbaik !!!


" Kak Long Steering Lock "
Video yang diedit dengan meletakkan caption dalam Bahasa Melayu untuk menyindir perbuatan amukkan seorang wanita yang dikenali sebagai " Kiki ". Dalam video ini ada juga teguran berguna yang patut dijadikan tauladan buat kita semua.

Saksikan video parody ini yang berdurasi 3 minit 50 saat ini. Anda pasti terhibur ! Memang terbaik!


RAHSIA TENGKU MAHKOTA JOHOR TERBONGKAR ?

Rahsia Tengku Mahkota Johor Terbongkar?



Kebimbangan ke atas projek Forest City – projek tambakan laut untuk menghasilkan pulau sebesar separuh saiz Putrajaya di Selat Johor – masih belum reda, namun dua lagi projek kini dalam perancangan.

Malaysiakini pada hari Isnin lalu melaporkan mengenai penglibatan Sultan Johor dalam projek Forest City, namun anaknya, Raja Muda Tunku Ismail Idris, juga menunjukkan kepintaran berniaga dengan dua projek tanah tambakan itu, yang kedua-duanya dijalankan oleh Benalec Holdings Bhd.

Empayar Tunku Ismail bukan hanya terhad di Johor.

Dalam satu pengumuman pada September tahun lalu oleh firma Singapura, Rowsley Ltd kepada bursa saham repulik itu SGX, ia mendedahkan bahawa Tunku Ismail menjadi pemegang saham utama penting dalam Rowsley Ltd.

Ia timbul selepas beliau menerima 12.78 peratus pegangan dalam Rowsley Ltd, bernilai S$81.5 juta (RM209 million) selepas menjual 9.23 hektar tanah di Johor Bahru, yang dimiliki Vantage Bay Sdn Bhd (VBSB), yang mana raja muda itu memiliki pegangan 30 peratus.

Jualan tanah itu sahaja menjadikan kekayaan Tunku Ismail, 30, melonjak melampaui tahap individu ke-50 paling kaya di Malaysia dalam senarai Forbes 2014.

Individu dalam senarai ke-50 dalam senarai itu ialah Robert Tan, seorang pemaju hartanah yang mencipta nama melalui projek Mid Valley City dan Garden Malls dengan nilai harta sebanyak RM220 juta.

Menurut pengumuman kepada SGX, 70 peratus saham selebihnya dalam VBSB dipegang oleh jutawan Singapura, Peter Lim, yang menguasai sebahagian kepentingan dalam Rowsley Ltd.

Rowsley Ltd dalam pengumumannya berkata tanah seluas 9.23 hektar itu terletak dalam kawasan utama Iskandar Malaysia.

"Ia terletak di kawasan mengadap laut, hanya beberap ratus meter dari kemudahan Kastam, Imigresen dan Kuarantin baru Johor, yang memeri kemudahan kepada warga Singapura untuk mengunjunginya kerana dekat dengan Singapura,” kenyataan itu dipetik.

Ia bukanlah kali pertama jutawan Singapura itu dikaitkan dengan keluarga diraja Johor.

Pada Mac, adik kepada Tunku Ismail, Tunku Abdul Rahman, 21 menandatangani memorandum persefahaman dengan Soverus Group, yang turut dimiliki Lim, untuk menyedia perkhidmatan keselamatan premium untuk Iskandar Malaysia.

Ia mendapat tumpuan Putrajaya, yang menetapkan dasar untuk tidak membenarkan firma asing mengawal keselamatan di Malaysia.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana firma keselamatan tempatan yang didapati dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh firma asing akan dibatalkan lesennya.

Di Johor, Tunku Ismail memiliki kepentingan dalam dua projek tambakan, satu di barat daya Johor, di perairan Tanjung Piai, dan satu lagi di tenggara, di perairan Pengerang.

KIKI KINI DITAHAN POLIS

Kiki " Wanita amuk " Kini Ditahan Polis


Kiki diiringi Polis ~ myMetro
TERKINI : Siti Fairrah Asyikin, 30 atau lebih dikenali sebagai " Kiki" , yang dirakam membuli seorang warga emas dengan lagak samsengnya di tempat letak kereta di Kuantan, Isnin lalu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Dilaporkan, Kiki hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada pukul 4.00 petang bersama ibu, ayah dan keluarganya sebelum ditahan.

Dalam insiden itu, Kiki yang memandu kereta Peugeot GTI 208 putih bertindak membuli pesara yang terlanggar keretanya.


Dia bagaimanapun sudah pun memohon maaf dan mengakui kesalahannya kepada Sim Siok Hong, 67, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada petang hari kejadian.

~Sinar Online


TWEET BUNG MOKHTAR " KIKI BUKTI PEMANDU WANITA PANAS BARAN "

Kiki Bukti Pemandu Wanita Panas Baran - Bung Mokhtar



MP Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin setelah mencetuskan kontroversi dengan kenyataan " Long Live Hitler " baru -baru ini ,  kini dia kembali menghidupkan kontroversi lagi di laman sosial Twitternya.

Kali ini, kes yang kian hangat diperkatakan iaitu " wanita mengamuk kereta dilanggar " seorang lelaki berumur, yang dikenali sebagai Kiki atau nama sebenarnya Siti Fairrah Ashykin.

Bung menulis beliau pernah berkata pemandu wanita adalah panas baran dan kenyataan itu yang dikritik ramai, telah dibuktikan oleh Kiki.


Pada tahun 2011, Bung mendakwa cara pemanduan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus mengundang kemalangan.

Beliau berkata, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah kepada risiko kemalangan.

Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup menunjukkan isyarat tangan sekiranya pemandu lain membunyikan hon.

‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.

‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup tunjukkan isyarat tangan,” katanya di Dewan Rakyat.

Kenyataan itu mendapat kritikan hebat daripada kaum wanita.

Baru-baru ini, Bung yang menulis tweet " Long Live Hitler " selepas kemenangan Jerman di dalam aksi separuh akhir Piala Dunia 2014, dikecam masyarakat Malaysia dan dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tweet yang ditulis oleh Bung “tidak boleh diterima dan salah”.

Bung kemudiannya  memohon maaf di atas kenyataan tersebut dan memadamkan tweet itu.


~ Astro Awani ~

YAHUDI BANGSA YANG DILAKNAT ALLAH - TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Yahudi Bangsa Yang Dilaknat Allah - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat



Pesan Tuan Guru | 17 Julai 2014 :

SAYA sedang berehat di dalam wad HUSM pada masa sekarang atas nasihat doktor. Namun, setiap hari saya tidak lekang untuk menatap berita-berita dari akhbar-akhbar dan juga media maya khususnya yang melibatkan pergolakan di bumi Gaza ada hari ini. Sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa hati kita turut hancur luluh bersama kehancuran rumah-rumah kediaman milik rakyat Palestin akibat diserang tanpa perikemanusiaan oleh Israel.

Yahudi ialah bangsa yang dilaknat oleh Allah SWT. Ia termaktub di dalam banyak ayat-ayat Al-Quran. Salah satunya ialah ayat yang diwajibkan Allah SWT ke atas kita untuk membacanya di dalam solat iaitu ayat di dalam Surah Fatihah. Selepas kita diwajibkan memohon daripada Allah SWT agar dikurniakan jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang diberikan nikmat, Allah SWT terus mendatangkan ayat selepasnya iaitu bukan jalan orang-orang yang dimurkai. Sepakat para ulama menyatakan bahawa golongan yang dimurkai ini ialah orang-orang Yahudi yang membelakangkan iman mereka kepada Nabi Muhammad SAW hanya kerana darah bangsa yang berbeza.

Yahudilah bangsa yang membunuh para nabi sekalipun nabi-nabi itu dari kalangan bangsa mereka sendiri. Jika mereka sanggup membunuh para nabi, apalah sangat untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin pada hari ini. Jenayah membunuh anak kecil itu sangatlah remeh di pandangan mata mereka jika dibandingkan dengan kesanggupan membunuh para nabi.

Tidak dinafikan ada bangsa Yahudi yang memeluk Islam dan mendapat hidayah daripada Allah SWT, tentunya mereka ini terhindar dari kutukan yang dimaksudkan oleh Allah SWT. Namun secara umumnya itulah sifat bangsa Yahudi iaitu melebihkan diri mereka berbanding bangsa yang lain. Darah mereka dianggap mulia daripada darah bangsa yang lain. Justeru, nyawa bangsa yang lain itu dianggap sebagai murah tanpa harga dan sewenang-wenangnya dapat ditamatkan bila-bila masa sahaja.

Satu daripada tanda sesatnya Yahudi ialah mereka mendakwa sebagai anak Allah SWT. Ini dinyatakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran: Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: "Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya". Katakanlah (wahai Muhammad): "(Kalau betul demikian), maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan serta hukum SyariatNya), demikian juga Ia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan kepada Allah jualah tempat kembali" (Surah Al-Maidah, ayat 18)

Saya menyeru kepada sekalian umat Islam agar bangkit membantu saudara seagama kita yang sedang menghadapi ujian di bumi Gaza ekoran sifat kebinatangan bangsa Yahudi. Berdoalah dan hulurkan bantuan. Para ulama wajib bangkit memberikan kesedaran kepada masyarakat. Jangan ada yang menyingsingkan jubah bimbang terpercik darah rakyat Palestin sedangkan dirinya hidup dalam kemewahan akibat menjual fatwa.

Ramadhan ini peluang kita untuk memanjatkan doa yang Insya-Allah dimakbulkan oleh Allah SWT. Saya penuh yakin Insya-Allah, bangsa Yahudi yang zalim ini sedang berjalan menuju ke saat kehancuran mereka yang telah dijanjikan Allah SWT.
Sekian, wassalam.

HAJI TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Bertarikh: 19 Ramadhan 1435H bersamaan 17 Julai 2014M

JEREMY WADE | SI PEMANCING BERANI MATI

Jeremy Wade , Si Pemancing Berani Mati


Sungai terpencil dan jarang dikunjungi manusia menjadi pentasnya. Gergasi dasar sungai pula menjadi seterunya beradu tenaga.

Oleh itulah, Jeremy Wade digelar pemancing berani mati di dunia. Wade berusia 58 tahun , seorang ahli biologi , guru , penulis dan hos televisyen yang sudah mengelilingi dunia serta menerokai sungai terpencil selama lebih 25 tahun.

Dia juga sudah berhadapan dengan banyak jenis ikan luar biasa dan berbahaya di susur sungai yang mempunyai kisah misteri tersendiri. Wade mempertaruhkan nyawanya berulang kali atas nama minat dan untuk merakam kisah kehidupan air tawar dan habitat hidupan itu.


Dibesarkan di tebing sungai Suffolk Stour di tenggara England , kebolehannya dibina atas sebab ingin tahu mengenai apa yang ada di dalam sungai dan setiap likunya. Dia berjaya memperoleh Ijazah Zoologi dari Universiti Bristol dan ingin berkongsi ilmunya dengan mengambil sijil mengajar subjek biologi dari Universiti Kent. Kembara memancing pertamanya di luar negara adalah di sungai pergunungan India pada tahun 1982.

Sejak itu, dia terus menjejaki ikan sungai gergasi dan ikan yang jarang ditemui manusia di serata dunia. Wilayah Congo dan hutan hujan Amazon menjadi kawasan yang sering dijelajahinya untuk memancing.

" Saya tidak melihat diri saya sebagai seorang pakar memancing. Namun saya seperti mempunyai keupayaan menyesuaikan diri di kawasan yang tidak dihuni dan diterokai manusia terutamanya di susur sungai terpencil.


"Apabila saya berada di sungai, timbul tenaga luar biasa dalam diri saya. Bukan sahaja daripada diri sendiri, bantuan dan dorongan pemancing atau nelayan tempatan juga menjadi kunci kejayaan saya menakluki sesuatu sungai itu lantas memberi pandangan yang menarik kepada mereka yang mengikuti kembara saya, " Katanya.

Menurutnya , dengan menjalinkan hubungan rapat dengan penduduk tempatan dia juga berkesempatan memahami budaya unik dan mendengar cerita pengalaman mereka. Namun , kembara  mengailnya bukanlah setenang yang digambarkan orang lain. Wade pernah dijangkiti demam malaria semasa mengembara. Dia juga pernah ditangkap kerana disangka seorang pengintip , hampir lemas dalam banjir buruk , terlepas peluru sesat dan terselamat daripada tragedi pesawat terhempas. Namun tiada apa yang mampu mematahkan semangatnya berkongsi rahsia alam bersama kaki pemancing dan penonton seluruh dunia.

Pada 1992 , dia menulis ' Somewhere Down the Crazy River ' , sebuah buku yang dianggap sebagai salah satu kesusasteraan klasik seni memancing. Dia kemudian mengemudi rancangan televisyen pertamanya , ' Jungle Hooks ' dan mendapat sambutan hebat.


Buku keduanya ' River Monsters: True Stories of the Ones That Didn't Get Away ' diterbitkan pada 2011 yang menceritakan kisah pengembaraan dan sejarah kawasan dijejakinya , terus menaikkan namanya. Rancangan ' Rivers Monsters ' terus mengukuhkan namanya sebagai ikon dunia memancing. Dengan ilmu dan tekniknya yang unik, dia memukau penonton di rumah malah rancangan itu paling ramai penonton di saluran Discovery Channel ( Astro 551 ) .

Baru-baru ini , Wade melawat Malaysia dan berkongsi rahsia dan pengalamannya dalam menjinakkan gergasi sungai  bersama peminatnya di sini. Ratusan peminatnya bukan sahaja membanjiri pusat beli-belah Sunway Pyramid malah khusyuk mendengar cerita dan pengalamannya.


Wade mungkin antara pemancing hebat yang menjengah hampir semua pelusuk dunia dan menangkap hidupan eksotik air tawar. Namun apabila dia tidak menelusuri sungai penuh misteri itu, dia menghabiskan masanya di rumah yang terletak di kawasan perkampungan di Somerset , England memikirkan lokasi sungai yang belum dijelajahi dan apa yang bakal ditemuinya di situ kelak.

Dipetik dr ~ akbar Metro

JADUAL PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 2014

Jadual Perlawanan Piala Malaysia 2014



Kehangatan Piala Malaysia 2014 kian terasa apabila dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak tempatan. Kejohanan Piala Malaysia ini akan langsung mulai pada 13 Ogos ini. Undian peringkat kumpulan sudah dibuat. 16 pasukan akan terlibat dalam kejohanan bola sepak Piala Malaysia 2014 ini, yang mana 11 pasukan daripadanya terdiri dari Liga Super dan 5 pasukan lagi dari Liga Perdana.

Undian 16 pasukan tersebut dibuat 4 kumpulan iaitu Kumpulan A , B , C , dan D bagi merebut Kejuaraan Piala Malaysia 2014 ini. Kumpulan A melibatkan juara Piala FA , Pahang yang diundi bersama-sama Lions XII , Felda United dan Johor Darul Ta'zim II. Kumpulan B pula melibatkan pasukan Terengganu , Sarawak , Perak dan Kedah.

Manakala kumpulan C, melibatkan juara Liga Super 2014 , JDT bersama dengan Kelantan , ATM dan Pulau Pinang dari Liga Perdana. Kumpulan D pula , Selangor , Sime Darby ,PDRM dan T-Team.


Kejohanan Piala Malaysia 2014 kali ini merupakan edisi yang ke-88 yang dijadual berakhir pada 8 November 2014.



Berikut Jadual perlawanan Bola Sepak Piala Malaysia 2014 :

   13 / 08 / 2014 ( RABU )
7:45 mlm
8:45 mlm
8:45 mlm
8:45 mlm
                                                                                          

14 / 08 2014 ( KHAMIS )
8:45 mlm
8:45 mlm
8:45 mlm
8:45 mlm
                                                                                          

19 / 08 /2014 ( SELASA )
7:45 mlm
8:45 mlm
8:45 mlm
8:45 mlm
                                                                                           

20 / 08 / 2014 ( RABU )
8:45 mlm 
8:45 mlm
8:45 mlm 
8:45 mlm
                                                                                            

22 / 08 / 2014 ( JUMAAT )
8:45 mlm 
8:45 mlm
8:45 mlm
8:45 mlm
                                                                                            

23 / 08 / 2014 ( SABTU )
8:45 mlm
8:45 mlm 
4:45 ptg 
8:45 ptg
═════════════════════════════════════════════
PUSINGAN KEDUA
═════════════════════════════════════════════
26 / 08 / 2014 ( SELASA )
7:45 mlm 
8:45 mlm 
7:45 mlm 
8:45 mlm
                                                                                            
27 / 08 / 2014 ( RABU )
7:45 mlm
8:45 mlm
8:45 mlm
8:45 mlm
                                                                                           

29 / 08 / 2014 ( JUMAAT )
8:45 mlm 
8:45 mlm


8:45 mlm


                                                                                                                      


30 / 08 / 2014 ( SABTU )




                                                                                                                    

2 / 09 / 2014 ( SELASA )




                                                                                      

3 / 09 / 2014 ( RABU )




Tempat pertama dan kedua setiap kumpulan akan layak ke pusingan suku akhir.




* Tertakluk kepada sebarang perubahan -

Gambar oleh ~ mysumber.com